With love Down Under Charity Gig Committee dengan seikhlas hatinya ingin menganjurkan majlis amal berbentuk pertandingan kugiran di antara pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Australia. Pertandingan amal ini di anjurkan untuk mengutip dana kebajikan bagi Pertubuhan Penyayang Raudhah yang ketika ini memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan harian penghuni-penghuni di Pondok Anak Yatim Raudhah. Â
Pertandingan amal ini akan berlangsung di Science Theatre, University of New South Wales (UNSW), Sydney, Australia pada 11 Julai 2009.     Â
Di samping menyaksikan kreativiti pelajar-pelajar Malaysia dalam nyanyian dan bermain alat muzik, mereka yang hadir dapat melihat persembahan artis jemputan khas dari Malaysia iaitu Flop Poppy. Kehadiran artis Malaysia ini dapat memeriahkan lagi suasana di samping para jemputan dapat berhibur sambil beramal.Â
Kepayahan dan kesusahan anak-anak yatim yang menghuni di Pondok Anak Yatim Raudhah ini perlu diberikan perhatian masyarakat bagi melahirkan generasi yang prihatin dan penyayang di masa hadapan.