in , ,

Firetalk 2024 By Nourul Depp Kembali Suntik Motivasi, Ubah Mentaliti

Melihat kepada sokongan padu dan positif daripada para peserta, Nourul selaku pengasas dan penceramah bagi seminar pembangunan diri FIRETALK ini amat berbesar hati untuk mengumumkan FIRETALK 2024 bakal kembali berlangsung pada 2 Jun 2024. 

FIRETALK BY NOURUL DEPP (NOURUL), sebuah program yang dianjurkan oleh seorang pengasas/ artis/selebriti/ jurulatih kesihatan/ penceramah terkenal tanah air, Nourul Depp (Nourul) telah terbukti menjadi satu platform yang berkesan untuk memberi ruang dan peluang bagi para peserta program ini untuk menyelami potensi diri, bakat, mengubah nilai diri dan juga transformasi kendiri dan pembangunan peribadi yang positif.

Program seminar pembangunan diri, FIRETALK BY NOURUL yang pertama telah dianjurkan oleh Nourul bersama pasukannya ini telah mendapat tempat di hati di kalangan 100 orang para peserta dari pelbagai latar belakang dan bangsa, terutamanya dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia pada tahun 2023, yang mana ramai di antara para peserta telah melalui satu transformasi dan peningkatan diri yang hebat dan positif. 

Ini berikutan di atas permintaan ramai yang memberikan maklumbalas dan sokongan positif dan kepercayaan yang tulus kepada pihak penganjur, FIRETALK 2024 bakal kembali beraksi dan mengegarkan pentas dengan pengisian program yang lebih fokus kepada pembinaan potensi dan bakat diri, dengan menyuntik motivasi menerusi cara mengatasi pelbagai cabaran hidup semasa, kesan akibat trauma dan isu yang berkaitan dengan kesihatan mental. 

Nourul berkata pihaknya amat komited meneruskan misi ini untuk membantu sesiapa sahaja agar individu-individu ini dapat menjalani kehidupan yang lebih baik melalui pembangunan peribadi. 

“Kami berharap program ini dapat mencapai lebih ramai peserta yang mana mereka dapat mempelajari beberapa teknik yang dapat membantu mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik dan membuat perubahan yang lebih bermakna dalam pelbagai aspek kehidupan,” tambah beliau. 

Menurut Nourul, beliau telah lama memerhati yang ramai di kalangan kita sedang bergelut dengan kesukaran dalam menjaga sikap positif dalam kehidupan harian mereka, bahkan beliau percaya bahawa kesihatan mental adalah permulaan untuk segala aspek dalam kehidupan. 

Mengambil inspirasi daripada jurulatih kehidupan terkenal Tony Robbins, Nourul telah memulakan perjalanannya yang baru untuk menjalani latihan sebagai seorang jurulatih kehidupan (life coach).  

Beliau sedang menjalani sesi latihan untuk mendapat kelayakan tersebut di Robbins-Madanes Training di Los Angeles, Amerika Syarikat. 

Nourul benar-benar teruja untuk bertemu dengan para peserta FIRETALK kali ini dalam skala yang lebih besar. Ini bukan hanya program sekali sahaja tetapi ia telah menjadi satu acara tahunan dengan perisian silibus yang komprehensif dalam memberi tumpuan kepada pembangunan peribadi. 

Bukan itu sahaja, Nourul akan meraikan peserta dengan persembahan nyanyian selama 45 minit di akhir program ini. Belum pernah lagi acara sebegini diadakan, malah para peserta boleh menikmati pengalaman luar biasa ini hanya di FIRETALK.

FIRETALK by NOURUL DEPP akan berlangsung pada 2 Jun 2024 yang bertempat di Hotel Concorde, Kuala Lumpur bermula 9 pagi sehingga 7 malam. Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM594/orang (Pakej VIP, termasuk makan tengah hari bersama Nourul), RM378/orang (Pakej gold) dan RM270/orang (Pakej silver). Tempahan tiket boles didapati dengan menghubungi Ina Mohd di talian +6017-9353909  atau secara online di FIRETALK 2024.Harga tiket, termasuk 8% SST, akan dinaikkan bermula 10 Mei 2024.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengunduran Syasya dari Dolla Terjawab, Berita Selamat Bernikah Tersebar

Kat Roshan Tampilkan Kelembutan Melalui Single Balada Berjudul Cinta Putih