in

Filem Menarik TV2 Sempena Tahun Baru 2011

HIMPUNAN FILEM-FILEM MENARIK TV 2 MENGISI TAHUN BARU 2011

Beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2011 dan meninggalkan 2010. Ia sudah menjadi tarikh penting kepada semua masyarakat di seluruh pelusuk dunia setiap kali menjelang tahun baru yang akan diraikan dengan laungan, jeritan yang diiringi dengan percikan bunga api. Lazimnya, pada setiap tahun baru, masing-masing sibuk memasang azam baru dan semestinya azam tesebut untuk menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Oleh itu, menjelang tahun baru ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menghidangkan himpunan filem-filem menarik khas buat para penonton setianya bagi menyambut kedatangan 2011. Filem-filem yang bakal disiarkan ini akan menemui anda di saluran TV 2 Dunia Ria.

Himpunan filem-filem menarik khas tahun baru ini di mulakan dengan filem animasi Lilo & Stitch yang cukup mencuit hati. Filem terbitan Walt Disney Animation Studios ini akan ditayangkan pada 1 Januari, 2011, jam 10 pagi. Lilo & Stitch mengisahkan tentang Dr. Jumba Jookiba dibicarakan atas sebab eksperimen genetik yang tidak sah, termasuk Eksperimen 626, makhluk agresif dan licik. 626 dibuang negeri di atas asteroid. Namun, 626 dapat melarikan diri ke bumi.

Di bumi dia ditempatkan di bawah perlindungan haiwan kerana dia dianggap sebagai anjing. Lilo yang kematian ibubapa yang kini di bawah jagaan Nani. Lilo sentiasa dibuli dan dia akhirnya ditempatkan di pusat perlindungan dan berminat untuk berkawan dengan 626. Lilo menamakan 626 dengan nama Stitch.

Setelah penat bergelak ketawa melihat gelagat Lilo dan rakannya Stitch, pada sebelah petangnya pula, penonton akan tersentuh dengan menonton sebuah filem arahan Gabriele Muccino yang telah diadaptasi daripada sebuah novel yang berjudul ‘The Pursuit of Happyness. Novel ini memuatkan kisah perjalanan hidup Chris Gardner yang berlaku sekitar tahun 1980.

Filem ‘The Pursuit of Happiness’ mengisahkan tentang Chris Gardner hasil lakonan Will Smith yang telah menggunakan kesemua wang simpanannya untuk melabur dalam sebuah perniagaan menjual mesin X-ray. Malangnya, perniagaannya itu telah menemui jalan buntu dan menyebabkan Linda isterinya meninggalkan Chris dan anak lelaki mereka.

Dia terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan dugaan didalam mencari pekerjaan dan menjaga anaknya pada masa yang sama. Pelbagai usaha telah dilakukannya sehinggalah pada suatu hari apabila dia bertemu dengan seseorang. Segala-galanya berubah mulai saat itu. Filem ‘The Pursuit Of Happiness’ akan menemui anda pada jam 3.30 petang. Barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah Will Smith, Jaden Smith, Thandie Newton dan Brian Howe.

Seterusnya, malam anda akan diisi dengan sebuah filem fiksyen X-Men 2 (X Men United). Filem lakonan Patrick Steward, Hugh Jackman, Ian McKellen dan Halle Berry ini mengisahkan tentang mutan yang harus meneruskan perjuanga dalam menentang masyarakat yang takut dan tidak mempercayai mereka. Tujuan mereka menjadi lebih terdesak apabila berlaku serangan besar oleh penyerang yang tidak diketahui asalnya dan mempunyai kebolehan luar biasa. Serangan mengejutkan itu membangkitkan semula tentangan politik dan awam terhadap Akta Pendaftaran Mutan dan pergerakan anti-mutan yang dipimpin oleh William Stryker. Mutan-mutan ini akan muncul di kaca televisyen anda pada jam 11 malam.

Bagi para penonton yang meminati nyanyian dan tarian Miley Cyrus, pastikan anda tidak kemana-mana pada 2 Januari 2010, jam 4 petang kerana anda akan di hiburkan dengan nyanyian dan tariannya dalam Hannah Montana & Miley Cyrus: Best Both World Concert. Konsert yang berkonsepkan 3D ini berkisar kepada kisah-kisah belakang tabir sebelum Miley memulakan persembahannya. Ikuti rancangan menarik ini.

Setelah dihiburkan dengan Hannah Montana & Miley Cyrus: Best Both World Concert, sebuah filem menarik lakonan Hans Isaac, Rusdi Ramli. Erra Fazira dan Ziana Zain akan menemani anda pada jam 10 malam.

Filem Qabil Khushry Qabil Igam hasil tulisan Azlina Pa’wan dan arahan Zaili Sulan ini merupakan sebuah kisah cinta dua adik beradik bernama Qabil Khushry dan Qabil Igam. Qabil Khushry sangat sayang kepada adiknya semenjak adiknya berada di dalam kandungan ibunya lagi. Ketika dewasa, Rani jatuh cinta kepada Khushry manakala adiknya, Karisma memuja Iqam walaupun pada awalnya Karisma tidak dapat menerima kenalan Igam. Filem ini mempunyai banyak pengajaran yang dapat dijadikan iktibar kepada masyarakat.

Untuk mengetahui kesudahan rancangan-rancangan menarik ini, jangan lupa temu janji anda pada tahun baru 2011 hanya di saluran TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harris, Hadi, Balqis, Puteri, Shazlin Berentap di Final Idola Kecil 3

All Martial Arts Exhibition and Fight Nights