Selepas memiliki buah hati barunya iaitu House Of Doll, aktres cantik ini mahu memberikan perhatian lebih kepada perniagaan yang dibina dengan hasil titik peluhnya itu.
Menurut Fazura lagi, dia sudah menghabiskan banyak wang untuk merealisasikan butiknya itu dan tidak mahu mensia-siakan apa yang telah dirancang lebih daripada dua tahun lalu.
Namun begitu ada pihak yang mempersoalkan bahawa dia telah mendapat tajaan dan bantuan bagi memperindahkan lagi butiknya yang tersergam indah di Jalan Telawi 3 Bangsar berkenaan.
Tetapi dengan tenang menjawab bahawa House of Doll adalah 100% daripada hasil usahanya selama menjadi anak seni.
“Kenapa masih ada orang yang berpikiran begitu? Kadang-kadang saya tidak faham kenapa perlu ada spekulasi seperti ini. Selama ini mereka juga tahu saya ada berlakon filem,mengacara dan sekarang buat endorsement untuk Lux, Nutox dan Avon. Tak kan saya semua itu secara percuma?
“Saya harap tiada lagi perkara seperti ini akan timbul. Enam bulan saya bertungkus lumus merencanakan House of Doll dan saya harap kenyataan ini dapat menjelaskan kepada umum saya mahu mencari rezeki dengan hasil titik peluh sendiri,” komen Fazura.
Fazura juga memberitahu, dia masih mendapat tawaran daripada produksi filem untuk berlakon. Namun ada beberapa watak terpaksa ditolak kerana tidak sesuai dan agak melangkaui batas yang telah ditetapkan Fazura.
“Sekarang banyak tawaran yang saya terima dilihat tidak sesuai. Ada yang atas katil, kena rogol, mandi dan sebagainya lagi. Jadi saya terpaksa tolak kerana saya masih ada keluarga yang perlu saya jaga nama baik mereka. Mereka juga pada awalnya tidak menyokong penglibatan saya menjadi anak wayang tetapi ini adalah pilihan saya sendiri. Jadi saya masih perlu menjaga hati dan perasaan terutamanya ibu saya,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai jodoh, Fazura memilih untuk berserah kepada jodoh dan dia sangat bersyukur dan berterima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang menyokong kerjayanya selama ini sehingga sampai ke tahap sekarang. via Murai