Ke mana Fasha Sandha pergi selepas Anugerah Skrin? Budiey tercari-cari Fasha Sandha ketika post party, tapi batang hidung dia tak nampak. Rupa-rupanya mengikut satu sumber, pelakon bersuara ‘fasha-emon’ ini ada makan-makan kat Hotel Concorde bersama wartawan Di raja Pahang, Zubir dari Berita Harian. Tak pelah, mungkin majlis makan-makan lebih penting dari menghadiri post party kot…
Ketika Anugerah Skrin 2007, Fasha Sandha tampil dengan gaun warna merah menyala; lebih kurang satu warna dengan karpet merah. Huhu…. Budiey rasa, antara gaya fesyen paling menyerlah dari segi warna untuk malam itu. Warna merah garang macam ni memang senang nak tarik perhatian. Gaun ini agak simple dengan diserikan dengan labuci dan manik di bahagian dada. Tapi kira gaun ni nak tiru gaya selebriti Hollywood gak la. Tak pe la, Fasha, asalkan you bahagia. Tak kira la orang nak cakap apa pasal you kan.
Seorang wartawan hiburan terkemuka tanah air yang sebelum ini dikatakan suka ‘menjilat’ Siti Nurhaliza, telah kelihatan di Concorde Hotel, bertemu dengan fasha-emon, iaitu Fasha Sandha di sana. Fasha Sandha dikatakan bergegas ke Concorde untuk bertemu dengan wartawan terbabit, bagi memastikan dirinya terlepas dari gosip-gosip negatif sebelum ini. Jika sebelum ini, kesemua media internet dikatakan menghentam Fasha, maka sekarang, Fasha menggunakan media cetak sebagai senjatanya pula. – [sumber]
[tags]fasha kaki bodek, blog fasha sandha, marah, fesyen merah, gaun, Casey Aldridge Knocked Up, red carpet sneak peak, gossip, zubir berita harian, cari.com, Adegan Ranjang, Fasha Sandha, Badai Pasti Berlalu, forum artis melayu, utusan malaysia, casey aldridge, casey aldridge and jamie lynn spears, gambar konsert dewa kuala lumpur, hady fazura bercinta, blog sultanmuzaffar, utusan malaysia, portal gua.com.my, murai.com.my, jomla, sauna sentral, stadium negara, buku teks, blog hiburan indonesia, celine dion, maut, Jamie Lynn Spears Photo, malaikat, pirah[/tags]