Tahniah kepada penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana dan juga pelakon wanita yang masih baru, Neelofa kerana telah dipilih menggantikan pelakon, Vanidah Imran untuk mengendalikan rancangan berbentuk wanita dan fesyen, Nona di TV3 bermula awal tahun 2012 nanti. Pengacara baru dan pengacara lama bergabung untuk mengendalikan program ini dan Budiey rasa ianya satu pilihan yang tepat kerana ramai yang cakap Nona sekarang sangat membosankan. Sekaligus pemilihan ini akan menaikkan rating penonton.
Pengumuman yang dibuat oleh CEO Media Prima, Ahmad Izham Omar dalam majlis Screening 2012 Media Prima TV Network Media Prima Nite Live di Kuala Lumpur pada jam 3 petang semalam dan ini sekaligus telah melenyapkan teka-teki pasal perkara itu sejak seminggu lalu.
Media tempatan membuat spekulasi pasal Fara yang dikhabarkan bakal memikul tugas mengacara program yang mendapat perhatian golongan wanita itu menggantikan tempat Vanidah Imran yang genap setahun mengendalikannya hujung tahun ini.
Fara Fauzana yang sebelum ini pernah mengacarakan rancangan hiburan, tidak berseorangan apabila dia bakal ditemani pelakon baru, Neelofa untuk mengemudi program popular itu. Nampaknya kali ini dua pengacara pula mengemudi Nona. Selain Vanidah, Nona pernah diterajui Maya Karin, Nurul Ain, Datin Seri Normala Shamsuddin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fauzy dan ramai lagi.
“Saya teruja bila dapat peluang mengendalikan rancangan Nona dan berjanji akan memberikan yang terbaik,” kata Fara yang pernah menghangatkan Melodi selama beberapa tahun.