in

Explorasi Warisan Menara Alor Setar 2009

EXPLORASI WARISAN MENARA ALOR SETAR 2009 MENAWARKAN HADIAH LUMAYAN BERNILAI HAMPIR RM30,000.00

Hadiah lumayan bernilai RM30,000.00 bakal direbut oleh peserta-peserta  Explorasi Warisan Menara Alor Setar 2009. Ianya julung-julung kali diadakan di Menara Alor Setar dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur dan Muzium Telekom.

Acara ini diadakan bagi mempromosikan Negeri Kedah Darul Aman yang dianggap sebagai negeri yang tertua di Tanah Melayu di mana ianya merupakan tempat penemuan arkelogi yang membuktikan adanya penempatan sejak kurun ke-4.

Selain daripada itu objektif utama penganjuran larian ini adalah bagi menjadikan ianya salah satu acara tahunan Menara Alor Setar, memperkenalkan dan mempromosikan tempat-tempat warisan yang terdapat di Alor Setar.

“Saya merasakan inilah masanya bagi pengunjung dalam dan pelancong luar negara yang mengunjungi negeri Kedah untuk menghargai tempat-tempat warisan yang kaya dengan khazanah sejarah’’ kata Y.Bhg Dato’ Zulkifli Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Di samping itu, ini adalah merupakan acara larian yang julung-julung kali di adakan bagi memperkenalkan warisan negeri Kedah kepada semua” tambah beliau lagi.

Larian warisan ini terbuka kepada peserta secara berkumpulan iaitu seramai 3 orang yang berumur diantara 17 tahun dan ke atas. Setiap kumpulan haruslah melengkapkan larian explorasi mengikut laluan dan tempat warisan yang ditetapkan.

Sebanyak 2 kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Jemputan dan Kategori Terbuka.

Sebanyak 10 tempat warisan yang akan menjadi laluan pada peserta yang akan memerlukan para peserta menjawab soalan-soalan tertentu berkaitan dengan warisan negeri Kedah.

Selain daripada itu turut di adakan Karnival Warisan pada 24-25 Julai 2009 mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai jualan makanan, produk serta barangan keluaran negeri Kedah akan memeriahkan lagi Karnival yang bertemakan warisan ini.

Pengalaman indah di Menara Kuala Lumpur tidak akan dilupakan oleh pengunjung kerana kami menawarkan pelbagai pengalaman yang menarik dan sebagai ikon kepada  ibukota negara, yang menawarkan destinasi menarik untuk para pelancong dari dalam dan luar negara dengan memberi pengalaman yang menarik dan unik dari segi mempromosikan ‘Culture’, ‘Adventure’ dan ‘Nature’ (CAN).

Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas merupakan Menara ke-4 tertinggi di dunia.  Berdiri megah pada paras 421 meter di tengah ibukota Kuala Lumpur, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik antaranya Pelantar Pemandangan, restoran berputar, kafe, gerai cenderamata, perkhidmatan shuttle serta kemudahan bagi meletak kenderaan. 

Menara ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam.  Pakej ke Pelantar Pemandangan termasuk KL Tower Animal Zone, F1 Simulator dan Ponny Ride berharga RM 38.00 untuk dewasa manakala kanak – kanak ialah RM28.00.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama iCarly di TV2

Hafiz Lancar Album Baru Bersama Akim, Aril Yazid dan Isma