in

Dramatari Muzikal Aidilfitri di Sungei Wang Plaza

Dramatari Muzikal Aidilfitri untuk menyemarakkan semangat Hari Raya di Sungei Wang Plaza

Menuju Puncak Muzikal & Esok Hari Raya dramatari memaparkan citarasa lagenda mustika dan modern Hari Raya

Suasana dipenuhi dengan gelak ketawa dan keseronokan apabila dramatari Aidilfitri muzikal pertama yang bertajuk “Menuju Puncak Muzikal” dipentaskan di ruang legar pentas Sungei Wang Plaza.

Muzikal itu adalah dramatari pertama untuk menyambut Hari Raya yang bertemakan “Muzikal Aidilfitri” di Sungei Wang Plaza dari 1hb – 26 Ogos 2012. Terdapat dua jenis dramatari yang dimulakan dengan “Menuju Puncak” sebagai pembukaan dari 3, 4, 5, 9 & 10 Ogos 2012, 8:30 malam diikuti oleh “Esok Hari Raya” dari 16, 7, 24, 25 & 26 Ogos 2012 juga pada 8.30 malam.

“Menuju Puncak Muzikal” menceritakan kisah Sultan yang kesepian dalam pencarian cinta sejati. Di dalam mimpinya, Sultan bermimpi bahawa hutan yang indah mempunyai puteri cinta lama yang hilang dan baginda telah ditakdirkan untuk berkahwin dengan puteri tersebut. Sultan dan pahlawan berani baginda kemudian memulakan perjalanan untuk puteri hutan di hutan dan gua.

Sepanjang perjalanan, mereka menghadapi cabaran dan serangan oleh makhluk mistik dan menakutkan. Sultan dan pahlawan-pahlawan berjuang dengan berani dan berjaya melepaskan diri dari halangan dan akhirnya bertemu dengan puteri hutan. Kedua-dua Sultan dan puteri kemudian berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya.

“Esok Hari Raya” adalah cerita kontemporari moden budak bandar yang bergerak balik ke kampung halamannya selepas berjaya dalam pengajian dan kerjaya. Beliau telah disambut dengan gembira oleh penduduk kampung dan ibu bapanya semasa ketibaan beliau. Kisah kemudian menjadi menarik apabila beliau jatuh cinta dengan gadis kampung yang cantik. Dalam usaha untuk menawan hati gadis itu, beliau telah diserang oleh samseng-samseng kampung yang cemburu dengan beliau Pada akhirnya, budak bandar berkahwin dengan gadis idamnnya selepas melawan samseng kampung dan harapannya terhancur apabila gadis idamnnya sebenarnya seorang gadis yang hodoh.

Menurut ke KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Promosi danPerhubungan Awam Sungei Wang Plaza, idea “Muzikal Aidilfitri” adalah untuk melakonkan semula adegan cerita dongeng legenda dan tetapan kontemporari moden untuk merangsang mood Hari Raya di mana setiap orang dan sesiapa sahaja boleh menyanyi bersama-sama dan menari untuk. “Kedua-dua dramatari ini adalah berbaloi untuk ditonton kerana ada unsur kelakar dan dramatari menarik. Kedua-duanya mempunyai jalan cerita mereka sendiri dan campuran lagu menghiburkan dan merdu yang sesuai untuk mood musim perayaan “tambah KK.

Wajah-wajah popular dan watak di sebalik dramatari ini adalah dari Kumpulan Tarian Swatari di bawah pimpinan Pak Ngah yang popular untuk bakat lagu karangannya serta perarakan Citrawarna Malaysia.Kedua-dua dramatari memaparkan Aidilfitri muzikal yang mempunyai gabungan nyanyian bersama lagu-lagu, jenaka – jenaka serta pakaian yang direka disertakan dengan jalan cerita yang kukuh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Will & Kate The Malaysian Tour

Lirik Jaga-Jaga Fazley featuring Altimet