TV9 kini kembali dengan drama baru untuk bulan November ini iaitu KARMA yang menampilkan Fouziah Gous, Ziela Jalil, Dato’ Ahmad Tarmimi dan Aaron Aziz sebagai pelakon-pelakon utamanya.
Drama menarik ini mengisahkan tentang pertemuan singkat antara Karmila (23 tahun), seorang pelakon popular dan Tan Sri Fahrul Sani (64 tahun), seorang ahli politik, telah membuahkan cinta yang tidak lagi boleh dipisahkan lantaran Tan Sri Fahrul mahu menghalalkan hubungan mereka dengan menikahi Karmila meskipun dia tahu keputusan ini akan menghancurkan hati Waheeda, isteri pertamanya.
Perempuan mana yang sanggup hidup bermadu? Karmila membuat pengumuman yang menggemparkan seluruh Malaysia bahawa keputusan dia ini adalah atas dasar cinta bukan kerana harta. Karmila mahu mengakhiri kariernya sebagai seorang pelakon. Apakah nasib Karmila sebagai seorang isteri kedua?
Pengambaran drama ini sedang giat dijalankan di sekitar Kuala Lumpur. Budiey akan berpeluang untuk melihat di sebalik tabir drama ini pada minggu ini.