in ,

Drama Goda Lakonan Sazzy Falak, Lash Mokhtar

ADAKAH ANDA RELA DIGODA?

Ogos ini, 8TV akan membawakan kisah cinta dan kasih sayang yang pastinya tidak akan mengecewakan apabila GODA memulakan siarannya pada 14 Ogos 2008 ini, 9.30 malam.

Adakah anda pernah menaruh perasaan terhadap seorang wanita, namun tidak mampu meluahkannya? Adakah anda akan tergagap-gagap apabila bertentang mata dan cuba untuk berbual dengannya? Jangan risau, kerana “M” akan mengajar anda suatu pelajaran hebat yang pastinya tidak dapat dilupakan : menggoda dan bermain dengan cinta. Dengan 8 episod menarik, pastinya anda akan dibuai dengan kisah-kisah dunia percintaan dan penggodaan.

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim berkata, “Kami di 8TV sangat berbesar hati membawakan kepada anda, peminat setia kami, siri mini GODA adalah sebuah kisah yang teradun daripada kisah cinta, saspen dan kebijaksanaan, yang pastinya bakal membuat penonton setia 8TV berasa teruja menontonnya. Siri mini ini juga dipenuhi dengan jalan cerita dan plot yang menarik lagi mendebarkan.”

Kata Kim, “Blog merupakan salah satu teknologi yang sedang diguna-pakai masa kini yang kebiasaannya digunakan oleh para remaja dan orang muda, oleh itu penggunaan blog sebagai medium komunikasi di dalam kisah ini pastinya sangat relevan terhadap audiens”.

GODA dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh Clear, jenama multinasonal dibawah Unilever, satu nama yang mengutamakan nutrisi, kebersihan dan barangan penjagaan diri di dalam produk mereka. Clear merupakan satu jenama yang bukan sahaja memberikan kepuasaan terhadap penggunanya malah mencipta produk yang akan membuatkan pengguna berasa jelita, kelihatan jelita dan kelihatan yakin.

Mr. David Lim, Pengarah Pemasaran Malaysia dan Singapura, memberikan pendapatnya mengenai penglibatan mereka di dalam siri mini ini, “Clear memahami dilema yang dialami para remaja, dan ingin ditekankan bahawa pentingnya menjadi diri sendiri disamping mempunyai keyakinan diri. Kolabrasi menarik ini adalah untuk menjadi medan dalam memberi pengetahuan am kepada orang muda masa kini bahawa pentingnya mempunyai keyakinan diri di dalam persekitaran sekarang. Fokus utama di dalam kolabrasi ini juga adalah untuk menyampaikan pesanan kepada para remaja bahawa pentingnya merebut peluang yang sedia ada di depan mata.”

GODA kisah mengenai “sifu cinta” yang lebih dikenali sebagai ‘M’ di mana di dalam blognya, dan dia juga yang memiliki rancangan talk show nya sendiri di radio, ‘M’ memberikan nasihat-nasihat untuk yang memiliki masalah cinta dan juga kepada para jejaka yang cuba untuk mendapatkan gadis yang diidam-idamkan.

Burhan, seorang eksekutif pemasaran yang sangat kekok dalam menggoda wanita kerana mempunyai perasaan rendah diri telah meminta pertolongan ‘M’. Burhan menaruh perasaan terhadap pengurus yang baru ditukarkan ke tempat kerjanya, Adela dan ‘M’ sendiri tahu yang dia mempunyai tugas besar dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Adela yang merupakan anak tunggal kepada Datuk Razak, pengarah tempat Burhan bekerja. Adela seorang wanita jelita lagi kaya-raya dan hanya tahu menggunakan lelaki sebagai tempatnya bersenang-lenang kerana dia juga tahu yang lelaki-lelaki ini hanyalah untuk mengambil kesempatan untuk mendapat tempat di empayar ayahnya. Adela juga seorang wanita yang mempunyai cita rasa tinggi yang Burhan tahu dia tidak mampu untuk menggapainya.

Sementara itu, Sanya yang merupakan seorang wartawan yang bekerja untuk sebuah akhbar tabloid yang mahukan dirinya diambil serius didalam kerjayanya telah berhenti menulis mengenai kisah gossip panas para selebriti. Dia yang terjumpa dengan blog ‘M’ telah mengambil salah satu artikelnya lalu menunjukkan kepada editor untuk membongkar identiti sebenar ‘M’ – adakah dia benar seorang pakar dalam percintaan atau hanyalah seorang penipu? Editor Sanya memberikan persetujuan namun ianya menimbulkan huru-hara apabila dianggap hanya memberikan gimik kepada akhbar tabloid tempatnya bekerja. Sanya juga berasakan tidak selesa kerana dia mula bercerita mengenai masalah kisah cintanya terhadap M.

“Setiap episod siri mini ini juga memaparkan mengenai masalah-masalah yang berlainan di mana lelaki-lelaki normal meminta nasihat dan pertolongan M untuk menyelesaikan masalah dan dilema mereka,” kata Penerbit Ekskutif, Lina Tan. “Walaupun mempunyai tajuk cerita yang sangat menggoda, namun kisah mini GODA siri ini adalah pemahaman mengenai jantina yang berlainan.”

GODA dibintangi oleh Sazzy Falak sebagai Sanya dan menampilkan Lash Mokhtar sebagai Burhan serta Dilla Syahirah sebagai Adela dan serta banyak pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Radhi Khalid, Dato Rahim Razali, Nas-T, Razif, Nabila Huda, Fahrin Ahmad serta ramai lagi. Diarahkan oleh Bernard Chauly dan skrip dihasilkan oleh pelbagai penulis seperti Rafidah Ahmad, Nizam Zakaria serta ramai lagi.

Siapa si misteri “M”? Adakah Burhan berjaya mengeksperesikan perasaannya terhadap Adela? Adakah Adela juga akan menyintai Burhan? Adakah Sanya berjaya membongkar identiti sebenar “M”?

Untuk mengetahui kesudahan siri mini ini, jangan lupa temujanji anda dengan 8TV untuk menonton GODA bermula 14 Ogos 2008, 9.30 malam. Jangan ketinggalan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Noorkumalasari

Showcase Meet Uncle Aznil Times Square First World Hotel Genting Highlands