THE SLAP Pada siapa anda berpihak?
The Slap merupakan drama bersiri lapan episod yang memaparkan akibat buruk daripada satu insiden yang berlaku ke atas sekelompok keluarga dan kawan-kawan. Drama yang diadaptasikan dari novel terlaris Christos Tsiolkas ini memberikan gambaran potret kehidupan yang sebenar masyarakat kelas pertengahan Australia, moraliti dan nilai hidup mereka yang membentuk masyarakat moden dan majmuk negara tersebut.
Kisah bermula dengan gambaran majlis makan-makan sekumpulan keluarga dan kenalan rapat yang meraikan ulangtahun kelahiran Hector yang ke-40. Kelihatan pelbagai makanan dan wain tersedia, di mana para tetamu sedang menikmati makan tengah hari dengan santai dan panjang sambil berdebat tentang pelbagai perkara dari drama opera sehinggalah ke isu persekolahan.
Apabila mendapati kanak-kanak di majlis tersebut telah bosan bermain Playstation dan mula membuat perangai, Hector mengajak mereka untuk bermain kriket di halaman belakang rumahnya. Pada mulanya, semua berjalan dengan baik sehinggalah Hugo, seorang kanak-kanak berumur 4 tahun mengambil tempat untuk membuat pukulan namun akhirnya gagal dan tersingkir. Sejurus selepas itu, permainan kriket tersebut mengakibatkan satu pergaduhan, yang menyebabkan Harry, sepupu Hector menampar Hugo yang bukan merupakan anaknya.
Berikutan insiden ini seluruh keluarga dan kenalan dalam kelompok tersebut menerima akibat yang sangat mendalam. Rosie dan Gary yang merupakan ibu bapa Hugo berasa sangat tersinggung dan marah dengan keganasan Harry sehingga mereka menghubungi pihak polis untuk membawa kes tersebut ke mahkamah. Kelompok tersebut terurai dan berpecah-belah lantas memaksa mereka untuk memilih pihak. Hector dan Aisha yang merupakan tuan rumah dan orang penting dalam kelompok tersebut merasa tersepit disebabkan kejadian tersebut kerana Harry merupakan sepupu Hector manakala Rosie pula adalah teman baik Aisha.
Setiap episod merungkai kesan dari ʻtamparanʼ tersebut dan akibat berikutannya yang diceritakan dari sudut pandangan lapan watak berbeza yang menghadiri majlis makan-makan tersebut. Berikutan kejadian tersebut, Hector terpaksa menjadi saksi di perbicaraan mahkamah tanpa kerelaannya. Penglibatannya dalam kejadian tersebut menjejaskan perkahwinan dan hubungan kekeluargaannya, di mana Hector terpanggil untuk memeriksa semula perlakuan, kelemahan dan penyesalannya dalam hidup.
Melihat akibat daripada kejadian tersebut, Anouk yang merupakan teman rapat Aisha berasa tertekan dan berada dalam dilema apabila mendapati dirinya hamil dalam umur 41, lantas terpaksa membuat keputusan sama ada dia benar-benar hendak mempunyai zuriat. Dia merasakan dirinya semakin tersisih dari kawan-kawannya dan tertekan untuk mengutuk tamparan tersebut, meskipun dia sendiri sering terasa untuk menampar anak kawan-kawannya. Saat kemarahan pendek yang dialami Harry, si penampar telah merosakkan segala-gala yang telah dia usahakan. Dia risau bagaimana tuduhan kekasaran yang diterimanya akan menjejaskan reputasi, cara hidup, dan yang paling penting keluarganya.
Bagi Connie pula, seorang remaja dan pekerja sambilan di klinik haiwan Aisha, tamparan tersebut memberi kesedaran kepadanya akan hubungan sulit yang dijalin dengan Hector, dan juga beban yang ditanggung kerana menyimpan rahsia tersebut.
Kemarahan Rosie, yang merupakan ibu Hugo terhadap apa yang dianggap sebagai penyiksaan Harry terhadap anaknya telah bertukar menjadi satu obsesi yang mengancam untuk menguasai dirinya. Perasaan tersebut telah mengenepikan kepentingan suaminya Gary, kawan-kawannya dan semua orang di sekelilingnya.
Ayah Hector, Manolis, seorang lelaki yang sedang menghampiri kematian, berpendapat kejadian tersebut telah menyerlahkan sifat pentingkan diri sendiri dan ketamakan generasi anak-anaknya. Dia terkejut bagaimana insiden tamparan tersebut telah menyebabkan satu jurang pemisah di antara ahli keluarganya, lantas merasakan perlunya untuk dia menggunakan hubungan istimewa di antaranya dan menantunya Aisha untuk membantu dan menjernihkan semula keadaan.
Akhir sekali, bagi Richie, teman baik Connie yang merupakan seorang gay, insiden tamparan tersebut dan kesannya terhadap semua orang di sekelilingnya telah mencabar segala apa yang dia fikir dia tahu mengenai manusia. Dia yang bergelut dengan perasaan sukanya terhadap Hector dan tanggungan beban menyimpan rahsia hubungan sulit Connie, telah dengan tidak sengaja memulakan rantaian kejadian yang membawa semua ketegangan, penipuan kekeluargaan dan perkahwinan, dan kebenaran yang dirahsiakan kepada satu pertembungan.
The Slap mencungkil apa yang berlaku apabila kesedaran sivil yang mengikat kita sebagai satu masyarakat diancam oleh satu kejadian yang tidak diduga. Ia membawa ke hadapan persoalan penting mengenai penjagaan anak-anak, hak kanak-kanak, bangsa, kelas sosial, seksualiti dan perbezaan perspektif di antara lelaki dan wanita. Sambil cerita ini berkisar dan memaparkan perspektif berbeza setiap watak-wataknya, kita dapat melihat bagaimana insiden yang berlaku di majlis makan-makan pada musim panas tersebut memaksa setiap watak untuk menghadapi kebenaran yang sebenar tentang diri dan kehidupan mereka, dan bagaimana mereka semua telah merasai ʻtamparanʼ berikutan kejadian tersebut.
Matchbox Pictures
www.matchboxpictures.com
Sydney: 48 Charles Street Petersham NSW 2049 Australia Ph: +61 3 9560 2968 Melbourne: 4-26 Riddell Pde Elsternwick VIC 3185 Australia Ph: +61 3 9523 7222
Penerbit: Tony Ayres, Helen Bowdent, Michael McMahon
Pengarah: Tony Ayres, Robert Connolly, Jessica Hobbs, Matthew Savill
Penulis: Emily Ballou, Alice Bell, Brendan Cowell, Kris Mrksa, Cate Shortland
Penerbit Eksekutif: Penny Chapman y Carole Sklan. Penolong Produser: Christos Tsiolkas Ketua Fiksyen ABC TV: Carole Sklan. Sebuah terbitan Matchbox Pictures untuk ABC TV.

NOTA-NOTA WATAK
HECTOR, yang mengadakan majlis makan-makan sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-40 kelihatan seperti seorang lelaki yang telah berkahwin yang gembira. Kacak dan mempunyai kewangan yang stabil, dia sudah berkahwin dengan Aisha, seorang doktor haiwan dan dikurniakan dengan dua anak. Hector sedar kehidupannya lebih teruk daripada apa yang ditampil sebagai kehidupan keluarga Greek yang ideal. Sepanjang tahun lepas, dia telah menjalinkan hubungan sulit dengan Connie, pekerja sambilan di klinik isterinya yang berumur 17 tahun. Insiden tamparan yang berlaku telah memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya dan memaksanya untuk menilai kembali akan sikap, kelemahan dan penyesalannya.
ANOUK, teman baik Aisha, mendapati dirinya hamil pada usia 41 tahun dan terpaksa membuat keputusan sama ada dia benar-benar hendakkan anak tersebut. Dia, Aisha, dan Rosie ibu Hugo telah berkawan semenjak mereka masih remaja lagi di Perth. Walau bagaimanapun, Anouk merasakan dirinya semakin tersisih dari kawan-kawannya kerana pilihan hidupnya – misalnya untuk tidak mendirikan rumahtangga dan untuk mendampingi jejaka-jejaka yang jauh lebih muda. Anouk merasa terdesak untuk membenci insiden tamparan tersebut secara terbuka, meskipun dia sendiri kerap teringin untuk menampar anak-anak kawannya juga.
HARRYsepupu Hector, adalah seorang yang berjaya hasil usahanya sendiri, dan seorang mekanik yang mempunyai perniagaannya sendiri. Dia mempunyai isteri idaman ramai, anak idaman ramai, dan rumah di tepi laut yang sempurna. Walau bagaimanapun, dia mendapati pencapaiannya bakal musnah kerana disebabkan amarahnya menampar seorang anak kecil. Harry beranggapan apa yang dilakukan adalah berpatutan dengan apa yang patut diterima oleh kanak-kanak itu. Dia berang dengan tuduhan kekasaran yang dikemukakan ibu bapa Hugo terhadapnya dan risau akan akibat yang yang akan menjejaskan reputasi, cara hidup, dan yang paling penting keluarganya berikutan kejadian tersebut.
CONNIE,berumur 17 tahun, merupakan anak yatim kepada pasangan biseksual yang radikal. Kod etika libertarian yang diamalkan ibubapanya kemungkinan tidak cukup menyediakannya untuk melalui kecabaran hidupan luar bandar Australia yang jelas bukan bohemian. Cintanya terhadap lelaki yang dua kali ganda umurnya menjadikan Connie seorang mangsa yang dipinggirkan. Dia tinggal dengan makciknya, Tasha, sambil menghabiskan tahun akhir di sekolah menengah. Connie sering merasa terbeban untuk merahsiakan hubungan sulitnya dengan Hector dari kawan-kawan rapat dan majikannya (isteri Hector).
ROSIE,ibu Hugo, seorang wanita yang kehidupannya telah berubah sepenuhnya dengan kelahiran anaknya. Bagi Rosie, tanggungjawab seorang ibu adalah kerjaya yang serius, dan merupakan sebuah peluang untuk pembaharuan. Kemarahannya terhadap kekasaran Harry kepada anaknya berubah menjadi satu obsesi yang mengancam untuk menguasai dirinya, suaminya, kawan-kawannya dan dunia sekelilingnya. Dia memfailkan tuduhan ke atas Harry dan membayangkan hari di mahkamah di mana dia diberi peluang mempertahankan segala pilihannya sebagai seorang ibu.
MANOLIS, ayah kepada Hector, ialah seorang lelaki yang semakin hampir dengan penghujung hidupnya. Kebanyakan kawan-kawan lama di sekelilingnya sudahpun meninggal. Dia mendapati dirinya keliru dengan sikap pentingkan diri sendiri dan ketamakan generasi anak-anaknya. Dia menyesal anak buahnya Harry telah menampar Hugo tetapi lebih terkejut melihatkan bagaimana insiden tersebut memecah-belahkan keluarganya, terutamanya ketegangan di antara Hector dan Aisha susulan insiden tersebut. Dia menampung harapan terhadap hubungan baiknya dengan menantu perempuannya dan yakin hanya dia yang mampu membetulkan keadaan.
AISHA,seorang wanita profesional yang berjaya dalam bidang perubatan haiwan. Ketabahannya telah menyatukan keluarganya selama ini. Kini dalam usianya yang menjangkau 40-an, dia diancam oleh keraguan mengenai perkahwinan dan masa depannya. Insiden tamparan tersebut telah membuatnya tersepit di antara kesetiaan terhadap suaminya dan kepada salah seorang teman lamanya. Hector dan Aisha akhirnya membuat keputusan untuk bercuti di Byron Bay bagi menyelesaikan masalah perkahwinan dan keluarga mereka. Pada penghujung percutian tersebut, Aisha terpaksa memutuskan yang mana lebih utama: cinta terhadap suaminya atau kesetiaan kepada kawannya.
RICHIE adalah teman baik Connie di sekolah. Seorang gay yang gigih mencintai seni, dia mengharapkan dunia ini sebagai tempat yang harmoni dan ringkas. Dia keliru dengan perspektif berbeza golongan dewasa di sekelilingnya impak ekoran insiden tamparan tersebut. Dia juga terpaksa menjadi satu-satunya individu yang mengetahui rahsia Connie. Richie dengan tidak sengajanya mencetus satu rantaian kejadian yang menyebabkan semua ketegangan, penipuan kekeluargaan dan rumahtangga, semua kebenaran yang tidak terungkai ke arah satu pertembungan.
HECTOR:JONATHAN LAPAGLIA
Jonathan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik yang membesar di Adelaide, Selatan Australia. Beliau mendapat ijazah dalam perubatan daripada Universiti Adelaide, dan bekerja sebagai doktor selama tiga tahun di Adelaide, Sydney dan London. Beliau membuat keputusan untuk mengikut jejak langkah abangnya Anthony untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan setelah merasakan kerjayanya tidak memberi kebebasan. Pada tahun 1994, beliau berpindah ke bandar New York di mana dia menyertai The Circle In The Square Theatre School. Beliau mendapat kerja pertamanya pada 1996, apabila menjadi salah seorang pelakon dalam siri TV New York Undercover. Sejak itu, Jonathan telah membintangi banyak siri TV di Amerika Sayarikat termasuk Cold Case, Burn Notice, Castle, Bones, NCIS, Law and Order: Criminal Intent, The District dan Sopranos.
ROSIE:MELISSA GEORGE
Kerjaya Melissa bermula dengan siri asal HBO yang dinanti-nantikan dan terkenal, In Treatment bersama Gabriel Byrne dan Diane Weist, di mana dia melakonkan watak kompleks seorang wanita yang ketagih seks dan jatuh cinta dengan doktornya (Byrne). In Treatment telah memenangi dua anugerah Emmy dan menyenaraikan Melissa dalam pencalonan Golden Globe.
Melissa juga pernah berlakon di samping Josh Hartnett dan Danny Huston dalam filem Sony Pictures 30 Days of Night, membintangi filem Fox Turistas bersama Josh Duhamel dan The Amityville Horror bersama Ryan Reynolds. Lain-lain filem lakonannya termasuklah komedi Sugar and Spice dan Down with Love, di samping Ewan McGregor dan Renee Zellweger, filem Dark City yang turut dibintangi Kiefer Sutherland, Jennifer Connelly dan William Hurt, filem The Limey di samping Terrence Stamp dan diarahkan oleh Steven Soderbergh, filem arahan David Lynch, Mulholland Drive bersama Naomi Watts, dan filem Derailed yang turut dibintangi oleh Clive Owen dan Jennifer Aniston. Antara kemunculan di kaca TV Melissa yang paling diingati adalah siri TV Amerika Syarikat Friends, Alias dan Greyʼs Anatomy di mana dia berlakon sebagai “Sadieâ€.
Pada usia 16 tahun, Melissa berlakon dalam siri televisyen popular Australia Home and Away, di samping Guy Pearce dan mendiang Heath Ledger. Bakatnya diiktiraf dengan kemenangan beberapa Logie Awards, Peopleʼs Choice Award untuk Pelakon Wanita Terbaik dan pencalonan BAFTA di atas lakonannya sebagai watak utama, “Angel Brooksâ€.
HARRY:ALEX DIMITRIADES
Kemunculan pertama Alex dalam filem bermula dengan lakonannya dalam The Heartbreak Kid, yang diarahkan oleh Michael Jenkins. Seterusnya beliau menjayakan watak sebagai seorang yang bermasalah, Ari dalam filem arahan Ana Kokkinos, Head On dengan baiknya. Lakonannya telah mencalonkan beliau dalam pencalonan AFI pada 1998 dan mendapatkan beliau anugerah Film Criticsʼ Circle of Australia Award pada 1999. Beliau juga menerima pencalonan AFI pada 2001 di atas lakonannya dalam filem La Spagnola. Alex juga turut membintangi filem Australia Three Blind Mice, yang ditulis dan diarahkan oleh Matthew Newton.
Pada 2009, Alex melakonkan sekuel filem Wog Boy, Kings Of Mykanos di Greece, bersama-sama Nick Giannopoulos dan Vince Colosimo. Seterusnya beliau berlakon di samping Rachel Taylor dalam filem Australia Summer Coda.
Alex telah membintangi banyak drama televisyen Australia terbaik. Di antaranya termasuklah Blue Murder, Wildside, Young Lions, Love my Way, Underbelly dan Rescue Special Cops. Beliau juga turut muncul dalam telemovie Stepfather of the Bride dan Society Murders.
Di antara kredit terhadap lakonan teater Alex termasuklah produksi Griffin Theatre, The Woman with Dogʼs Eyes, Hurlyburly, The Emperor of Sydney and The Night Watchman, dan juga Ensemble Theatreʼs Rain Man di mana beliau melakonkan watak utama sebagai “Charlie Babbitâ€.
ANOUK:ESSIE DAVIES
Essie Davis telah menjadi salah seorang pelakon filem, teater dan televisyen Australia yang dihormati dan terkenal semenjak beliau menjadi graduan NIDA. Di antara kemunculan filem beliau termasuklah Girl with a Pearl Earring, The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions, Code 46, Charlotteʼs Web, Isolation, Baz Luhrmannʼs Australia, The Wedding Party dan South Solitary, yang juga telah memenangi beliau anugerah Film Criticsʼ Circle sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Di antara kemunculan Essie di televisyen termasuklah Sweeney Todd untuk BBC, The Silence, After the Deluge, yang juga telah mendapatkan beliau anugerah AFI Award untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, dan Halifax f.p: The Spider and the Fly di mana beliau mendapat pencalonan anugerah AFI Award untuk Persembahan Terbaik dari Pelakon Wanita.
Essie juga terkenal melalui watak daripada lakon layar teater. Lakonannya sebagai “Stella†dalam produksi National Theatre (London) A Streetcar Named Desire telah membuatkan Essie memenangi Olivier Award, dan pada 2004 beliau telah dicalonkan untuk Tony Award di atas persembahannya sebagai Dottie dalam pentas Broadway National Theatre (London), yang merupakan sebuah produksi Jumpers. Beliau juga telah membintangi Tot Mom and The School for Scandal untuk STC, di mana beliau dicalonkan untuk Helpmann Award. Persembahannya dalam Cat on a Hot Tin Roof untuk MTC juga telah mencalonkan beliau anugerah Green Room Award untuk Pelakon Wanita Terbaik.
Pada tahun ini, Essie muncul sebagai “Dolly Pickles†dalam filem Cloudstreet dan filem arahan Jonathan Tepilzky, Burning Man.
AISHA:SOPHIE OKONEDO
Mendapat latihan dari Royal Academy of Dramatic Art (London), Sophie Okonedo telah membintangi kedua-dua produksi British dan Amerika termasuklah Mrs. Mandela, Secret Life of Bees, Aeon Flux, Hotel Rwanda, Dirty Pretty Things, The Jackal dan telemovie Tsunami: The Aftermath di mana Sophie telah dicalonkan sebagai Pelakon Terbaik untuk Siri-Mini atau Gambar Bergerak untuk Televisyen di Golden Globes pada tahun 2007.
Pada tahun 1991, beliau memulakan lakonan pertamanya dalam drama ʻcoming-of-ageʼ British terkenal Young Soul Rebels. Pada tahun 2004, beliau mendapat pujian besar di atas lakonannya sebagai Tatiana Rusesabagina, isteri kepada pengurus hotel “Rwanda†Paul Rusesabagina dalam filem drama genosid Hotel Rwanda. Wataknya telah mendapatkan beliau pencalonan Academy Award bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk Watak Sampingan. Sophie juga telah mendapat beberapa pencalonan untuk anugerah termasuklah Golden Globes, BAFTAs, Screen Actors Guild dan MTV Awards. Pada tahun 2010, beliau telah dicalonkan untuk anugerah BAFTA bagi Pelakon Wanita Terbaik di atas wataknya sebagai ʻMrs Mandelaʼ dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Criminal Justice.
MANOLIS:LEX MARINOS
Dilahirkan di Wagga Wagga, NSW kepada sebuah keluarga pemilik kafe Greek, Lex melanjutkan pelajaran ke University of NSW dan menerima ijazah Drama dengan kepujian. Semenjak itu, beliau telah bekerja dalam semua bidang di industri hiburan, termasuklah sebagai pelakon, pengarah, penulis dan pembaca berita. Terkenal di kaca televisyen melalui Kingswood Country, Lex telah muncul dalam banyak drama tempatan dan produksi komedi, termasuklah watak kebiasaan dalam siri City West, Embassy, S.C.O.O.P, Live & Sweaty, Ballzup, World Series Debating; Histrionics, dan Late Night Legends.
Lakonan filem beliau termasuklah Cathyʼs Child, Goodbye Paradise, Last Days of Chez Nous, Bedevil dan beberapa filem pendek. Di atas pentas teater, Lex telah muncul dalam The King and I dan juga bersama Nimrod Theatre, STC, MTC, dan Company B. Beliau juga merupakan pelakon dengan syarikat komuniti seni inovatif Big hART, dan mempelopori King OʼMalley Theatre Company bersama-sama Bob Ellis dan Michael Lynch.
Pencapaian Lex sebagai pengarah termasuklah dalam filem An Indecent Obsession, siri televisyen Bodyline (di mana beliau turut merupakan penulis), Embassy, A Country Practice, dan beberapa dokumentari. Lex merupakan pengarah Carnivale dan festival seni pelbagai budaya NSW dari 1996-99, dan mengarahkan salah satu segmen Sydney Olympics Opening Ceremony pada tahun 2000. Pada tahun 1994, Lex was telah dianugerahkan dengan anugerah OAM di atas sumbangannya terhadap seni persembahan, dan pada 2001 dengan sebuah medal Centenary of Federation.
CONNIE:SOPHIE LOWE
Bakat Sophie Lowe semakin ketara semenjak beliau memainkan watak filem pertamanya, Beautiful Kate. Filem tersebut telah mendapat komen yang menggalakkan pada pembukaan Sydney International Film Festival tahun 2009, dan juga telah terpilih untuk ditayangkan di Toronto International Film Festival. Persembahan Sophie telah mendapatkan beliau pencalonan AFI untuk Pelakon Wanita Terbaik. Sophie juga telah terlibat dalam projek tanpa henti termasuklah filem Blessed yang diarahkan oleh Anna Kokkinos yang menbariskan para pelakon hebat seperti Miranda Otto, Deborra-lee Furness dan Frances OʼConnor, filem The Clinic di samping Andy Whitfield, dan juga filem Road Train with Xavier Samuel and Blame.
RICHIE:BLAKE DAVI
Blake Davis telah menyerlah sebagai salah seorang pelakon remaja yang menarik di Australia pada masa kini. Beliau menimba ilmu drama selama beberapa tahun di Screen Actorsʼ Studio, The Rehearsal Room, Victoria Youth Theatre dan The National Theatre. Pada tahun 2007, beliau menyertai Open Program untuk remaja di NIDA dan terkini beliau berlatih di The Australian Film & Television Academy.
Beliau mendapat watak jemputan pertama dalam Blue Heelers pada 2005 dan seterusnya watak jemputan dalam Bed of Rose (ABC1) dan Rush. Beliau juga muncul dalam beberapa filem pendek termasuk Wiccan and The Gidji. Blake berjaya mendapat watak Max dalam siri TV terkenal Tangle for Showcase, bersama-sama Ben Mendelsohn, Catherine McClements dan Kat Stewart pada tahun 2008. Ini dituruti dengan watak utama dalam produksi bersama ABC/BBC, Dead Gorgeous dan watak Max untuk siri kedua Tangle pada awal tahun 2010.
Pada akhir 2010 Blake membuat kemunculan pertama pentas professional di samping Alison Whyte dan Wendy Hughes dalam produksi MTC, All About My Mother, di bawah arahan Simon Phillips di mana beliau telah mendapat pujian yang memberangsangkan di atas persembahan tersebut.
GARY:ANTHONY HAYES
Seorang pelakon sejak berumur 9 tahun, Anthony Hayes telah muncul di skrin filem dan televisyen selama lebih 20 tahun, di antara karya lakonannya adalah Animal Kingdom, Beneath Hill 60, Rabbit Proof Fence, Bootmen, Ned Kelly, Heroes Mountain, Changi, dan The Last Bullet. Dia turut membintangi The Boys di samping Toni Collette and David Wenham, di mana beliau berjaya mendapat pencalonan untuk AFI dan Film Critics Circle Award. Anthony juga telah memenangi AFI Awards untuk lakonan beliau dalam feature terkenal Look Both Ways dan Suburban Mayhem serta mendapat pencalonan AFI dan Film Critics serta pencalonan untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di atas persembahannya dalam The Square. Pada tahun ini, beliau akan beraksi dalam Burning Man di samping Matthew Goode.
Anthony telah menulis dan mengarahkan New Skin; sebuah filem 56 minit yang telah memenangi anugerah berprestij Dendy Award di Sydney International Film Festival pada tahun 2002. Beliau membawa pulang anugerah IF Award untuk Pengarah Baru Terbaik dan mendapat geran Gloria Payten/Gloria Dawn Foundation untuk seniman muda. Hasil kerja Anthony yang pertama Ten Empty telah ditontonkan di World Premiere di Sydney International Film Festival pada tahun 2008 dan telah diterbitkan oleh Mel Gibsonʼs Icon Films. Lakon layarnya pula telah dicalonkan untuk 2007 Queensland and 2008 Victorian Premiers Literary Award.
SANDI:DIANA GLENN
Diana mandapat Ijazah dalam Seni dari Monash University (Melbourne). Semenjak itu, beliau mempunyai kerjaya yang baik dalam kedua-dua televisyen dan filem. Kemunculan filem beliau termasuklah dalam filem thriller/seram Black Water, Lennie Cahill Shoots Through, Oyster Farmer yang merupakan pilihan rasmi untuk Toronto International Film Festival tahun 2004 dan juga filem yang memenangi AFI Award, SOMERSAULT yang diarahkan oleh Cate Shortland. Kemunculan televisyen beliau termasuklah dalam Home & Away, Carla Cametti PP di mana beliau melakonkan watak utama, The Elephant Princess, Canal Road, Satisfaction, Company Town, Secret Life Of Us, White Collar Blue dan Neighbours. Terkini, beliau menjayakan watak sebagai seorang isteri kepada peguam yang dimalukan, Andrew Fraser dalam Killing Time, lakonan bersama David Wenham.
EPISOD 1: HECTOR
PENULIS: KRIS MRKSA PENGARAH: JESSICA HOBBS
Sempena harijadi ke-40 Hector, isterinya Aisha merancang satu majlis makan bersama-sama kawan- kawan dan keluarganya. Semua berjalan dengan lancar pada mulanya, tetapi keadaan di majlis tersebut semakin terurai dan tegang menjelang petang. Hector ingin menikmati hari ulangtahun kelahirannya, tetapi Aisha terlalu sibuk menyediakan makanan dan kecewa kerana dia terpaksa melakukan semua kerja bersendirian. Aisha pula terkilan apabila ibu Hector, Koula muncul dengan membawa banyak makanan walaupun dia telah memasak banyak makanan untuk semua tetamu, malah telahpun mengingatkan ibu mertuanya untuk tidak membawa apa-apa. Ketegangan memuncak apabila Koula menghadiahkan Hector dengan pakej percutian sekeluarga ke Greece, yang kebetulannya bertembung dengan percutian yang dirancang oleh Hector dan Aisha ke Bali. Aisha berang kerana Hector menyebelahi ibu bapanya, dan kesetiaan Hector menyebelahi keluarganya dan bukan dengan dirinya. Hector pula mencari jalan keluar dari tegangan tersebut dengan menggoda Connie yang berumur 17 tahun. Dia sudahpun menjalin hubungan sulit dengan remaja tersebut.
Sedang masa berlalu dan makin ramai tetamu tiba di majlis tersebut, pergeseran semakin jelas di antara golongan dewasa dan kanak-kanak. Hugo, kanak-kanak berumur empat tahun anak lelaki Rosie dan Gary sering bergaduh dengan kanak-kanak lain di majlis tersebut. Dia memulakan pergaduhan dan mengganggu permainan kanak-kanak lain serta enggan mengikuti peraturan permainan mereka. Rosie menyebelahi anaknya Hugo dan tidak mahu mengakui kesalahan anaknya yang menyebabkan pergaduhan tersebut. Di saat itu, ternyata sekali bahawa terdapat jurang perbezaan bangsa, kekayaan dan moral di kalangan orang dewasa. Hector, bertindak untuk mengambil peluang untuk mengajak semua kanak-kanak ke halaman belakang rumahnya untuk bermain kriket apabila mereka mula berbalah antara satu sama lain. Namun Hugo berang apabila Rocco, anak Harry mula menyingkirnya dari permainan kriket tersebut. Dia enggan beredar dari permainan itu, malah mula menghayunkan kayu kriket ke arah kanak-kanak lain. Hugo enggan meletakkan kayu kriketnya. Apabila melihat anaknya berada dalam bahaya, Harry bertindak untuk menampar Hugo. Keadaan semakin buruk apabila Rosie dan Gary marah dengan tindakan Harry memukul anak mereka, dan menuduh Harry melakukan penderaan kanak- kanak. Susulan dari insiden tersebut adalah satu situasi penuh emosi yang memaksa setiap orang yang berada di tempat kejadian untuk memilih pihak.
EPISOD-EPISOD SETERUSNYA
EPISOD 2: ANOUK Penulis: Emily Ballou Pengarah: Jessica Hobbs
EPISOD 3: HARRY Penulis: Brendan Cowell Pengarah: Matthew Saville
EPISOD 4: CONNIE Penulis: Alice Bell Pengarah: Matthew Saville
EPISOD 5: ROSIE Penulis: Cate Shortland Pengarah: Robert Connolly
EPISOD 6: MANOLIS Penulis: Kris MrKsa Pengarah: Tony Ayres
EPISOD 7: AISHA Penulis: Emily Ballou Pengarah: Robert Connolly
EPISOD 8: RICHIE Pengarah: Tony Ayres Penulis: Brendan Cowell