in , ,

Drama Bawah Payung Awan Gandingan Nabila Razali,  Ben Amir & Nelissa Nizam

Drama Bawah Payung Awan akan mula tayang di Viu pada 13 Jun, setiap Khamis, Jumaat, dan Sabtu. Gandingan pertama tiga pelakon hebat: Nabila Razali, Ben Amir, dan Nelissa Nizam!

Lepas drama hit Anggun Mikayla, Viu Malaysia kini bawa lagi satu drama baru untuk kita layan! Kali ini mereka bekerjasama dengan Global Film Station Sdn Bhd untuk hasilkan drama bersiri 30 episod, Bawah Payung Awan. Drama ni akan mula tayang di Viu pada 13 Jun, setiap Khamis, Jumaat, dan Sabtu. Gandingan pertama tiga pelakon hebat: Nabila Razali, Ben Amir, dan Nelissa Nizam!

Drama Bawah Payung Awan Gandingan Nabila Razali,  Ben Amir & Nelissa Nizam

Bawah Payung Awan ni adaptasi novel Liza Nur dan diarahkan oleh Azri Izhar. Selain Nabila, Ben, dan Nelissa, ada ramai lagi pelakon berbakat macam Amyza Aznan, Riz Amin, Adam Malek, Muaz Zabir, Kodi Rasheed, Watie Sadali, dan Lan Siro.

Cerita ni tentang tiga sahabat – Widad (Nabila Razali), Soleiman (Ben Amir), dan Hanan (Nelissa Nizam) – yang dibesarkan di kawasan setinggan penuh cabaran. Widad, anak seorang pelacur, gigih nak ubah nasib dengan belajar sungguh-sungguh. Soleiman, yang selalu kena dera dengan ayahnya, cuba cari identiti diri lepas abang dia mati masa cuba lari dari polis. Hanan pula, yang trauma lepas dirogol abang sendiri, semakin hanyut dengan mat motor bernama Zaf.

Drama Bawah Payung Awan Gandingan Nabila Razali,  Ben Amir & Nelissa Nizam

Soleiman yang terheret dalam dunia samseng terpaksa masuk sekolah Henry Gurney lepas terlibat dalam rompakan. Widad cuba lawat Soleiman tapi dia tak nak jumpa. Soleiman hantar surat pada Widad, minta dia lupakan dirinya dan teruskan hidup. Macam mana nasib mereka bertiga? Semuanya akan terjawab dalam Bawah Payung Awan.

Drama Bawah Payung Awan Gandingan Nabila Razali,  Ben Amir & Nelissa Nizam

Drama ni dibawakan khas oleh Sunsilk. Jadi, jangan lupa langgan Viu Premium untuk tonton tanpa gangguan iklan. Muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play, Huawei App Gallery, TV pintar terpilih, atau terus ke laman web www.viu.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Jom Heboh di Dataran MITC Ayer Keroh 28 Hingga 30 Jun Ini

Konsert Journey Awie Bakal Berlangsung di WTC Kuala Lumpur Pada 3 Ogos Ini