BAHTERA PERUBAHAN DI ASTRO OASIS
Program adaptasi dari buku hasil nukilan Dr Asri
Saluran gaya hidup famili yang memenuhi citarasa penonton pelbagai peringkat usia, Astro Oasis (saluran 106) terus mendekati golongan sasaran dengan menyiarkan program ceramah yang mengupas dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan agama Islam; Bahtera Perubahan.
Program ceramah yang dikendalikan oleh pensyarah bahagian pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia dan juga bekas mufti kerajaan negeri Perlis ini; Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin bakal menemui para penonton Astro Oasis (saluran 105) pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam selama 13 episod bermula pada 3 Julai 2009 ini.
Menurut pengurus saluran Astro Oasis, Tuan Hj Izelan Basar berkata, “Kami ingin terus menunaikan tanggungjawab kami sebagai pelopor saluran gaya hidup famili dengan menyampaikan program-program yang dapat mendidik para penonton dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah.
Berpegang kepada prinsip ini, kami meneruskan tradisi saluran untuk menyiarkan program-program yang dapat memberi kesedaran dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi pandangan serta pendapat berhubung dengan tajuk-tajuk yang dibincangkan.â€
“Program ini juga dilihat begitu istimewa apabila Dr Asri bukan sahaja meyampaikan topik-topik mingguan dengan cara ceramah tetapi juga dengan beraninya membincangkan dan menyuarakan pandangan serta mencari kebenaran dengan nada yang lebih berani dan terbuka demi menjulang keagungan agama Islam,†tambah Izelan lagi.
Program 13 episod ini diterbitkan hasil dari adaptasi buku tulisan Dr Asri berjudul ‘Mengemudi Bahtera Perubahan Minda’, salah sebuah daripada 21 judul buku yang pernah ditulis oleh beliau akan menemui penonton pada setiap minggu selama 30 minit.
Program ceramah ini terbahagi kepada tiga segmen utama yang berupaya untuk menarik minat serta membuka mata dan minda masyarakat terutamanya umat Islam iaitu perbincangan tajuk, contoh-contoh kejadian dan seterusnya mengupas dan membuat kesimpulan tajuk.
Di antara topik-topik yang bakal menemui para penonton pada setiap minggu ialah seperti:
1.Ikut Fakta, Buang Taklid Buta
2.Falsafah Haji
3.Mudahkan Pendekatan Islam
4.Pencemaran Israiliyyat
5.Piawaian Ilmu Dalam Ceramah
6.Jangan Lelongkan Agama
7.Fekah Interaksi dengan Bukan Muslim
8.Islam dan Kebebasan Budaya serta Fesyen
9.Kembalikan Peranan Zakat
10.Mengapa Masjid Kita Kaku
11.Dunia Hiburan Terbabas
12.Hak Wanita: Antara Hukum Tuhan dan Perlaksanaan Insan
13.Persaudaraan Islam dan Ekonomi Umat
Jangan lupakan temujanji anda untuk menonton Bahtera Perubahan bersama Dr Asri pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam, bermula pada 3 Julai 2009, hanya di Astro Oasis (saluran 106), Inspirasi Sanubari!