in , ,

Dituduh Berkhalwat, Aliff Aziz & Ruhainies Hadir di Mahkamah Syariah

Pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies, hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Jalan Duta pada pukul 9 pagi untuk menghadapi pertuduhan kes khalwat.

Kehadiran mereka menarik perhatian ramai, dengan harapan agar prosiding yang dijadualkan bermula pada pukul 9.30 pagi itu berjalan lancar. Aliff dan Ruhainies, yang mengenakan pakaian serba hitam sedondon, dilihat tenang dan berharap segalanya berjalan dengan baik.

Aliff sempat memberikan kata-kata kepada media sebelum memasuki dewan bicara, “Masih pagi untuk semua orang. Kami hargai rakan-rakan media yang hadir. Minta doa baik-baik untuk hari ini, insya-Allah,” katanya dengan nada penuh harapan.

Dituduh Berkhalwat, Aliff Aziz & Ruhainies Hadir di Mahkamah Mohon Doakan Terbaik

Sementara itu, Ruhainies turut menyatakan penghargaan atas sokongan yang diberikan, “Terima kasih sudi datang meluangkan masa hari ini. Doakan yang terbaik untuk kami,” ucapnya dengan senyuman.

Kedua-dua pelakon ini diwakili oleh peguam, Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani. Menurut Hadi, prosiding hari ini akan melibatkan rekod pengakuan daripada Aliff dan Ruhainies.

“Untuk hari ini, sebutan di hadapan Mahkamah Tinggi adalah untuk mahkamah membaca semula pertuduhan khalwat yang telah dibacakan sebelum ini dan merekodkan pengakuan bersalah atau tidak,” jelas Hadi.

– Hadi Salleh
Dituduh Berkhalwat, Aliff Aziz & Ruhainies Hadir di Mahkamah Mohon Doakan Terbaik

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat mereka yang dilaporkan berlaku di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu. Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang pada hari yang sama.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa artis yang berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, telah dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah. Sumber melaporkan bahawa tangkapan dibuat oleh JAWI adalah berdasarkan maklumat awam. Pasangan selebriti ini, yang sibuk menjalani penggambaran drama bersama, dilaporkan ditahan di kediaman milik pelakon wanita tersebut.

Dituduh Berkhalwat, Aliff Aziz & Ruhainies Hadir di Mahkamah Mohon Doakan Terbaik

Rentetan insiden itu, Aliff dan Ruhainies tampil memberikan penjelasan melalui hantaran di Instagram berhubung kontroversi yang tercetus. Aliff menjelaskan bahawa tiada apa yang berlaku antara dirinya dan Ruhainies ketika serbuan JAWI di kondominium berkenaan. Ruhainies pula menjelaskan kronologi kejadian tersebut selain menyatakan harapannya agar Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah, tidak berpisah.

Dituduh Berkhalwat, Aliff Aziz & Ruhainies Hadir di Mahkamah Mohon Doakan Terbaik

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun bercerai talak satu pada 13 Jun lalu. Mereka dikurniakan dua orang anak, iaitu Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia 7 tahun, dan Ara Adreanna, 4 tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Jujur Tentang Telefon Pintar Redmi 13, Berbaloi Atau Tidak Untuk Milikinya?

Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tak Bersalah Atas Tuduhan Berkhalwat