Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.
Salam takziah daripada Budiey untuk seluruh keluarga allahyarham Din Beramboi. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Pertama kali tercalon Penyampai Radio Terbaik ABPBH 2009 yang akan berlangsung pada 4 April ini, ternyata allahyarham tak sempat untuk mengetahui siapakah pemenangnya. Beliau telah pergi bersama lawak jenaka yang menghiburkan dan seribu satu kenangan untuk kita semua.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan (FRIM). Solat jenazah arwah Abg Din dipercepatkan daripada pukul 11 pagi kepada 10 pagi bertempat Masjid al Faizin Taman Ehsan.
Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
“Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi Allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung. Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya di Hospital Selayang di sini hari ini.
Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.
“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.
Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.
Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.
“Beliau adalah insan pertama yang ”pergi” dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.
“Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya,” kata Rozana.
Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain terkenal dengan lawak spontan, Din Beramboi terkenal juga kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.
Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.
(dikemaskini jam 7:30am)
Dari Facebook ERA FM & ERA TV
“Salam, Jadual hari ini. 9pg – bergerak ke Masjid al-Faizin Tmn Ehsan, 11pg – solat jenazah, 11.30pg – kebumi jenazah di Tanah Perkuburan Islam Tmn Ehsan. Anda semua dijemput hadir. Al-Fatihah, Allahyarham Din Beramboi”
TERDAHULU
Pada jam 12.30 malam tadi, Din Beramboi, 44, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarham meninggalkan isteri, Suhaini Che Man dan tiga orang anak. Salam takziah buat keluarga Din.
Din Beramboi Masih Bertarung Nyawa
(dikemaskini 1 April, 6:17pm)
Bertentangan dengan cakap-cakap yang tersebar kononnya Din Beramboi telah meninggal, jurucakap AMP Radio Networks menegaskan kepada GUA yang Din Beramboi masih bertarung nyawa. Diharapkan semua terus berdoa untuknya.
TERDAHULU
Din Beramboi Kritikal
Keadaan Din Beramboi tenat dan kritikal, lapor Harian Metro hari ini – ‘Din Beramboi Kritikal’.
Memetik pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, Din yang telah dimasukkan ke ICU Isnin lalu sebenarnya menghidap Denggi Shock Syndrome. Dan bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang dihebohkan sebelum ini.
Selain pendarahan dalaman, Dr Siti turut memaklumkan beberapa organ utama Din juga gagal berfungsi.
Kini, anak allahyarham yang bernama Ain pula telah ditahan di hospital kerana disyaki denggi. Doakan segalanya selamat.
Jenazah pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di sini hari ini.
Lebih 100 orang sanak-saudara dan sahabat-handai termasuk peminat Allahyarham hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.
Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle, Zul Yahya dan Fara Fauzana. Dan ini gambar dari FB Fafau:
Rest in Peace, Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Al-Fatihah…