PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal dan koma.
Bagaimanapun, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.
“Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.
“Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat,” katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Sementara itu beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.
Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.
DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok.
Dalam pada itu, beberapa rakan rapat Din Beramboi yang enggan nama mereka disebut memberitahu, Din telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya.
Masih tidak diketahui bagaimana Din boleh terkena jangkitan virus tersebut tetapi ada yang mengesyaki dia terkena jangkitan itu ketika membuat pengambaran beberapa hari lalu.
Dalam perkembangan lain, menurut Afdlin Shauki bahawa Din Beramboi terkena effect air kencing tikus sewaktu penggambaran filem di Zoo Negara.
Organ dalamannya telah berhenti dan gagal berfungsi dan doktor memberikan tempoh 24 hingga 48 jam untuk abang Din. Sama-sama, kita doakan agar semuanya selamat dan cepat sembuh. Amin.
Terbaru, Din Beramboi sedang memerlukan darah jenis “O” untuk dengan kadar segera. Jadi kepada pembaca Sensasi Selebriti yang berdarah O, sila ke hospital selayang untuk dermakan darah anda… Urgent, tolong sebarkan!
updated jam 9 malam: Darah jenis O untuk Din Beramboi dah mencukupi. Darah dalam badan pun dah stabil. Sekarang ini doktor sedang monitor buah pinggangnya sehinggalah diagnosis pada jam 8 pagi 31 Mac.