in , ,

Detik Terakhir Khilaf Yang Tertulis, Berjayakah Fasha Lari Dari Fadlan?

SAKSIKAN EPISOD AKHIR…Kesudahan episod kemuncak yang mendebarkan. Bejayakah Nordin (Fadlan Hazim) menjual Misha dan anak-anaknya ke Thailand?

Setelah Misha (Fasha Sandha) mengetahui tentang Nordin (Fadlan Hazim), suami baharunya itu sebenarnya dalang dalam sindiket penculikan anak-anaknya,  Misha menyesal mempercayai dan berkahwin dengannya. Berjayakah Amir (Ashraf Muslim), Kamal (Syazuwan Hassan) dan anggota polis yang lain mengesan lokasi persembunyian Nordin?

Dapatkah Misha dan anak-anaknya melarikan diri dan menggapai bahagia seperti dahulu? Jangan lupa untuk menyaksikan episod akhir Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda pada hari Rabu, jam 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. 

Detik Terakhir Khilaf Yang Tertulis, Berjayakah Fasha Lari Dari Fadlan?

Terbaharu, Yana (Puteri Balqis) diseksa tanpa belas kasihan oleh orang suruhan Nordin, selepas tertangkap ketika menelefon ibunya. Sementara itu, Kamal dan polis berjaya menjejak lokasi dan menyerbu kelab malam tempat Yana membuat panggilan, malangnya Nordin telah mengosongkan tempat tersebut sebelum serbuan berlaku. Polis mengesyaki Yana telah dijual sebagai GRO di kelab malam itu. Emosi Misha semakin terganggu sejak menerima panggilan dari Yana. Nordin melihat ini sebagai peluang untuk memujuk Misha berpindah ke rumahnya, tetapi pada hakikatnya, Nordin merancang untuk segera menjual rumah Misha sebelum gerak-gerinya dikesan oleh Amir dan Kamal.

Kehidupan anak-anak Misha semakin menderita. Rizal didera dalam tahanan Nordin, manakala Yana pula berjaya mendapatkan bantuan daripada seorang pelanggan VIP yang sanggup membantunya untuk menghubungi Amir. Namun, Amir dan Kamal tidak sempat menyelamatkan Yana dek kerana ketangkasan Nordin yang terlebih dahulu dapat menghidu rancangan mereka. Misha, Aman (Rafique Iskandar) dan Yana dibawa lari ke markas sindiket yang sama dengan keberadaan Rizal.  Nordin mahu Misha dan kesemua anak-anaknya dijual ke Thailand dengan segera. Sepanjang berada di situ, hampir setiap hari Misha dan anak-anak disiksa oleh Nordin dan orang-orangnya. Keadaan semakin tegang, Misha dan anak-anak berusaha untuk melarikan diri dari tahanan Nordin.  Namun dalam situasi yang genting ini, berjayakah mereka lari keluar untuk menyelamatkan diri daripada cengkaman Nordin dan markas sindiket tersebut?

Detik Terakhir Khilaf Yang Tertulis, Berjayakah Fasha Lari Dari Fadlan?

Jangan ketinggalan untuk menonton Episod Akhir Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda pada hari Rabu, jam 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

ysia yang telah beroperasi sejak tahun 1984. TV3 telah mendominasi pasaran penyiaran menerusi penerbitan drama berkualiti seperti Melur Untuk Firdaus, Suamiku Lelaki Pendosa, Kerana Cinta Itu Ada, dan Jaga Aku Selamanya merupakan sebahagian daripada drama-drama bersiri yang telah mencipta fenomena besar. 

Detik Terakhir Khilaf Yang Tertulis, Berjayakah Fasha Lari Dari Fadlan?

TV3 telah berjaya menambat hati penonton menerusi rancangan hiburan ikoniknya seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat, Famili Duo, Melodi, I Can See Your Voice dan Master In The House. Buletin Utama, 999, Fail Mahkamah, dan Majalah 3 terus kukuh sebagai rancangan berita dan dokumentari terunggul pilihan utama rakyat Malaysia hingga mencecah jutaan penonton setiap hari. 

Platform media sosial @TV3Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang mengagumkan (24 juta pengikut di YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok) dan menjadi salah satu digital platform terbesar di negara ini. 

Untuk mendapat informasi terbaharu berkaitan program menarik di TV3, layari akaun rasmi media sosial @TV3Malaysia, atau strim langsung secara eksklusif di Tonton, myFreeview CH103, Astro CH103, serta unifi CH103.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Don Minta Maaf Beri Jawapan Keliru Isu Berpuasa di Hari Tasyrik

Samsung Malaysia Secara Rasmi Melancarkan Barisan Monitor Sesuai Untuk Semua