in

Demam Showdown 2010 Melanda Malaysia

Adakah anda semua sudah bersedia untuk SHOWDOWN 2010?


Sneak Peak Episode 1 Showdown

Demam Showdown 2010 kini melanda Malaysia! Program realiti pertandingan tarian krew yang semakin hangat ini, kini menerima respon yang luar biasa di mana lebih daripada 100 krew menghadiri ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara. Setelah 4 minggu bertungkus lumus bersaing dalam ujibakat, akhirnya juri telah memutuskan sebanyak 17 krew yang terpilih ke peringkat seterusnya untuk merebut gelaran juara Showdown 2010.

Showdown 2010, ialah satu-satunya rancangan pencarian tarian krew jalanan yang tergempak di Malaysia. Bermula pada bulan Januari lagi, krew Showdown 2010 telah menjelajah ke 5 buah negeri yang berlainan zon di seluruh Malaysia untuk mencari krew tarian yang terhebat dan bakat-bakat terpendam warga Malaysia dalam tarian jalanan secara bebas seperti breakdancing, krumping, popping, locking dan lain-lain lagi.

Ujibakat di zon selatan telah diadakan di The Zone, Johor Bahru dan sebanyak 18 krew telah mendaftarkan diri untuk diujibakat. Percaya atau tidak, terdapat 2 peserta muda yang pada mulanya hadir secara solo untuk ujibakat telah menubuhkan krew tarian bersama-sama dan berlatih pada pada masa itu juga akhirnya berjaya ke peringkat seterusnya. Dua krew yang dijangkakan akan memberi saingan sengit kepada krew-krew lain di pentas persaingan ialah Enemy Style dan JB Rockers.


Sneak Peak Episode 1: Part 2

Dari selatan, ujibakat Showdown 2010 beralih ke utara Malaysia iaitu Pulau Pinang. Ujibakat diadakan di Open Plaza, Times Square. Sebanyak 19 krew kesemuanya yang hadir menunjukkan bakat mereka. Kesemua krew berusaha dan bersaing dengan menari mengikut rentak dengan gaya tersendiri untuk mencuri perhatian para juri.

Seterusnya, ujibakat Showdown 2010 terbang ke Sabah dan Sarawak. Bukan sahaja mempunyai tempat dan makanan yang menarik, gaya dan teknik tarian yang ditonjolkan oleh peserta di sana juga telah menarik perhatian para juri. Di Sabah, ujibakat telah diadakan di Hotel Imperial International, Kota Kinabalu manakala di Sarawak, ujibakat diadakan di Kuching iaitu di Sarawak Tourism Centre. Setiap negeri itu membawa 15 krew masing-masing untuk sesi ujibakat dan yang menariknya ialah mereka yang terpilih ke peringkat pentas persaingan satu lawan satu diterbangkan ke ujibakat di One Utama Shopping Centre, Kuala Lumpur pada minggu yang berikutnya.

Ujibakat di Kuala Lumpur amat memberangsangkan kerana sebanyak 35 krew telah menonjolkan kelebihan krew masing-masing dalam usaha memikat hati juri. Krew yang telah mencuri perhatian semua pihak pada ujibakat tersebut ialah Funky Girlz, sebuah krew yang disertai oleh gadis-gadis kecil dalam lingkungan umur 9 hingga 12 tahun kesemuanya malah mereka ini berjaya ke peringkat pentas persaingan pada malam seterusnya dan mereka juga di beri keistimewaan untuk memilih pihak lawan mereka sendiri.

Walaupun kesemua krew yang hadir menunjukkan bakat dan gaya tarian yang hebat, hanya 12 krew sahaja yang akan dipilih untuk merebut gelaran krew tarian terbaik Malaysia, juara juga berpeluang mewakili Malaysia untuk pertandingan di peringkat antarabangsa dan meraih wang tunai berjumlah RM 50,000!

“Showdown 2010 ialah sebuah rancangan realiti untuk mencari krew tarian yang terbaik di Malaysia dan secara tidak langsung mengembangkan lagi industri tarian jalanan dan juga hip hop di Malaysia. ” kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.

Tambah Kim: “Saya percaya bahawa bakat tarian yang berada di luar sana banyak lagi yang terpendam dan Showdown 2010 merupakan pendekatan yang positif dan bertindak sebagai salah satu platform untuk mereka menonjolkan bakat. Kami bukan sahaja mencari pemenang untuk pertandingan ini, kami mencari krew tarian yang terhebat.”

Kesemua krew tersebut perlu bersaing di atas pentas Show Off dan Dance Off di Kuala Lumpur (secara langsung), di mana selama 10 minggu mereka harus berhadapan dengan sesi penyingkiran sehinggalah final – The Final Showdown.

Penyampai radio Fly Fm, Hafiz diberi tanggungjawab sebagai pengacara Showdown 2010. Oxy juga turut serta bagi menjayakan program ini sebagai rakan penaja dan tempat rasmi ditaja oleh KL Life. Penaja pakaian rasmi peserta Showdown 2010 ialah Echo Park,dan FlyFM sebagai stesen radio rasmi, manakala Snips berbesar hati untuk menaja solekan dan dandanan rambut para peserta dan juri. Program ini juga akan menampilkan juri profesional iaitu Joe Flizzow dan Maple Loo disertai dengan juri jemputan.

“Saya sangat gembira apabila rakyat Malaysia sekarang memperlihatkan tarian jalanan ini pada perspektif yang baru dan ia sesuatu yang baik sekali.Terima kasih kepada 8TV kerana memberi dimensi baru kepada tarian jalanan seumpama ini. Saya sangat kagum apabila dapat mencungkil bakat-bakat tarian dengan pelbagai gaya dalam negara kita ini.” . kata Joe Flizzow, manakala Maple Loo melemparkan pujian kepada bakat-bakat muda masa kini

“Pada mulanya saya tidak terfikir akan ada banyak bakat yang dapat menarik perhatian saya, tetapi selepas ujibakat yang telah dijalankan, saya amat terkejut dan berbangga kerana terlalu banyak bakat –bakat yang hebat di luar sana. Saya sungguh terharu melihat keghairahan dan minat yang mendalam anak-anak muda kini terhadap dunia tarian.”

Showdown 2010 akan bersiaran pada setiap hari Rabu, 31 Mac 2010 pada pukul 9.30 malam. Kepada penonton yang terlepas peluang untuk menyaksikan siaran secara langsung, siaran ulangan akan ditayangkan pada setiap hari Selasa, pada pukul 11.45 malam bermula 6 April 2010.

Untuk memeriahkan pentas Showdown 2010, kami menyediakan program The Diaries’ kepada anda semua, program ini akan memuatkan pelbagai aksi-aksi spontan para peserta, gossip, drama, belakang tabir , rutin latihan dan juga persiapan mereka pada setiap minggu. Selain itu, anda juga dapat mengenali peserta dan krew kegemaran anda dengan lebih mendalam lagi. The Diaries’ akan keudara di 8TV setiap Selasa bermula 11 Mei 2010 pada pukul 11.30malam.

Anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikannya! Semua ini dapat ditonton di 8TV yang juga bersiaran di Astro, 708. Jangan lupa, anda juga boleh menonton program 8TV yang lain dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya menggunakan telefon bimbit anda. Untuk keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan anda boleh melayari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my ataupun di laman sesawang eksklusif kami di www.facebook.com/8TV showdown2010.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Juara Bintang Ai-Minnal 1Malaysia

Dua Citarasa Satu Jiwa Ikea di Astro Ria