in

Dato’ Siti Nurhaliza dikutuk Orang Filipina?

Terlebih dahulu, Budiey dengan rasa rendah dirinya ingin memohon maaf kepada semua peminat diva nombor satu Malaysia ekoran daripada penyiaran gambar-gambar Hajjah Dato’ Siti Nurhaliza semasa pelancaran album terbarunya, Hadiah Daripada Hati. Kalian mesti faham sebenarnya, entri tersebut terang-terangan ada memetik komentar daripada portal Mstar Online dan ianya bukan daripada saya. Cuma mungkin ada yang tak dapat terima ekoran beberapa gambar yang memaparkan perkataan yang begitu pahit untuk ditelan telah pun saya buang kecuali gambar abang yang memakai seluar tinggi itu sahaja… kerana ianya menunjukkan sample kepada high waisted pants yang menjadi ilham daripada rekaan fesyen seluar Siti Nurhaliza.

Di laman video Youtube, ada satu video rakaman Siti Nurhaliza menyanyikan lagu When You Tell Me That You Love Me yang membandingkan nyanyian Siti dengan seorang bintang kecil daripada Filipina bernama Charice berusia 12 tahun ketika itu. Sekarang budak tu dah besar dan pernah mendapat perhatian dunia termasuk dijemput ke program-program tv di Hollywood. Budiey sudah mendengar kedua-dua persembahan dan Siti dan Charice memang mantap habis dengan gaya mereka tersendiri. Cuma suara halus Charice nampak lebih out standing masa tu sebab dia kan masih kecil, jadi suara pun memang halus. Sila tonton klip video Charice masa dah besar.. Namun, harus diingat juga Datuk Siti Nurhaliza mempersembahkan nyanyian di sebuah majlis berbanding Charice yang mempersembahkannya di satu pertandingan realiti TV di Filipina. Pastinya, latihan begitu cukup di samping bakatnya yang sedia ada.

Apa yang Budiey rasa hairan dan kesal adalah segelintir orang Filipina telah mengutuk kebolehan Siti Nurhaliza sehingga menyentuh sensitiviti orang Malaysia. Malah lebih dari itu, mereka terang-terangan mengutuk ekonomi dan hal ehwal negara Malaysia. Nampaknya, orang Filipina perlu memahami dan mengkaji lebih jauh sejarah dan epistemologi budaya mereka dan jiwa sensitiviti orang Malaysia. Macamlah bakat diorang tu bagus sangat! Perasan bagus. Apa kejadah nya semua ni? Komen anda?

[tags]charice, profile charice, datuk siti nurhaliza show youtube, clip video, philipina, lyric When You Tell Me That You Love Me, reality TV, bad reputation, talent show, kids teen show reality, tamara blezinsky, diana danielle, dewan masjid putrajaya, gambar siti nurhaliza naik haji, mekah, datuk khalid gossip, gambar siti mandi, philipines, lesbian, epistemology, culture malay[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sheila Rusly: Watak Wanita Paling Jahat Dalam Drama 2007

Christina Aguilera Heavy Makeup Pregnant Red