Sempena dengan Perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) Malaysia 2014 yang akan berlangsung bulan depan, satu acara Malam Gala F1 & Concert akan diadakan di Helipas, Sepang yang akan diadakan pada 29 Mac depan. Persembahan konsert lebih satu jam ini bakal menyaksikan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza bakal berkongsi pentas bersama penyanyi dan penerbit muzik terkenal dunia, David Foster dan Najwa Mahiaddin.
Budiey pernah terbaca penyanyi terkenal ini mahu bertemu dan berkolaborasi dengan David Foster dan juga Bruno Mars. Mungkin dengan pertemuan di konsert malam gala ini akan membenihkan sesuatu yang positif. Mana kita tahu?
Persembahan Gempak dari DJÂ Calvin Harris
[pullquote]Sementara itu, Bersempena edisi ke-16 tahun Perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) Malaysia 2014, ‘Raja Elektronik’ Calvin Harris, bakal membuat persembahan secara eksklusif di konsert pasca perlumbaan F1 pada 30 Mac depan. Ini merupakan persembahan kali pertama DJ berasal dari Skotlandia ini, di Asia Tenggara.[/pullquote]
Calvin Harris atau nama sebenarnya, Adam Richard Wiles, 30, popular dengan deretan lagu seperti ‘I’m Not Alone’, ‘Flashback’, ‘You Used to Hold Me’, ‘Feel So Close’, ‘We’ll be coming back (ft. Example), ‘Sweet Nothing’ (ft. Florence Welch), ‘Thinking about You (ft. Ayah Marar), dan ‘Stars come out’.
Beliau juga pernah menerbitkan lagu Rihanna (dengan singel hitsnya ‘We Found Love’), selain album nama-nama besar antarabangsa seperti Kylie Minogue, Sophie Ellis-Bextor, Dizzee Rascal, Cheryl Cole dan Kesha.
Tidak cukup dengan itu, buat seluruh peminat F1 dan pemuzik tanah air, akan diadakan konsert percuma selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Mac Konsert yang yang akan diadakan di dataran Menara Berkembar KLCC ini akan menampilkan bintang antarabangsa seperti diva Pop Amerika syarikat, Christina Aguilera, bintang Kpop sensasi, Rain dan penyanyi R&B terkenal British, Craig David.
Perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia 2014 yang akan berlangsung mulai 28 hingga 30 Mac ini mensasarkan kehadiran lebih 125,000 peminat yang akan menyaksikan perlumbaan ini di Litar Antarabangsa, Sepang (SIC).
Tiket Konsert F1 Petronas Malaysia Grand Prix 2014 juga boleh dibeli menerusi online dengan melayari www.sepangcircuit.com atau datang terus ke kaunter di KL Sentral dan di KLCC yang akan beroperasi dari sekarang.