in

Daphne Iking & Aishah Sinclair Hos Ladies Day Out NTV7

RAIKAN SEMANGAT KEWANITAAN BERSAMA RANCANGAN TERBARU ntv7

Adakah anda tahu saya adalah seorang wanita? Apabila saya mula berfikir, saya harus juga berkata-kata. ~William Shakespeare, As You Like It

Apabila wanita berkumpul, anda boleh menjangkakan saat penuh gelak tawa sambil mereka berkongsi pandangan masing-masing. Sifat asli seorang wanita yang ramah mesra serta sangat dekat di antara satu sama lain merupakan inspirasi di sebalik rancangan gaya hidup berkonsep majalah TV, Ladies Day Out yang akan bersiaran setiap Jumaat, 7.30 malam, mulai 8 Januari 2010. Siaran ulangan boleh ditonton pada hari Khamis seterusnya, jam 10.00 pagi.

L-R – Sheila Ningkan (Asst Prod), Sheahnee (Prod), Daphne, Aishah, Airin Zainul (ntv7 GM), Mr Tan Geok Seng (Clarins GM)

Diterbitkan di bawah Primeworks Studios oleh seorang personaliti yang cukup dinamik – Sheahnee Iman Lee – Ladies Day Out adalah rancangan TV setengah jam yang memaparkan segalanya yang harus diketahui oleh seorang wanita. Program ini dihoskan oleh duo jelita yang petah berbicara, Daphne Iking dan Aishah Sinclair. Pastinya, penonton akan terhibur sambil mengikuti isu dan aliran terkini.

L-R Daphne Iking, Sheahnee Iman Lee, Aishah Sinclair

Mempunyai bakat semulajadi untuk berkomunikasi, para wanita sering menghabiskan waktu makan tengahari, minum petang mahupun makan malam untuk berkumpul di samping berkongsi pengalaman, masalah dan pendapat mereka. Seperti judulnya, Ladies Day Out menumpukan pada perkara utama yang ingin kaum hawa bincangkan atau pelajari dalam situasi berbeza. Rancangan ini dicipta khas untuk wanita yang sofistikated serta bijak – individu-individu yang ingin sentiasa tampil terkini.

Aishah Sinclair

Daphne Iking

Setiap episod Ladies Day Out akan dihangatkan lagi dengan segmen kecantikan, fesyen, ubah-suai wajah dan isu berkenaan wanita yang gemar meluangkan masa bersama-sama di kafe atau lokasi yang menarik setiap minggu.

Kelima-lima segmen dalam program ini adalah Body & Soul, Home & Garden, Mother & Baby, Husband & Wife, Out & About. Juga terhadap sebuah segmen mini iaitu Clarins and You yang ditaja khas oleh jenama kecantikan, Clarins.

Daphne Iking & Aishah Sinclair

Body & Soul ialah paparan ubah suai wajah, diet dan nutrisi, tubuh badan, minda serta fesyen – memberikan penonton tips dan idea mengenai kesihatan fizikal dan mental selain cara untuk tampil menawan.

Sementara itu, Home & Garden menawarkan tips berkebun, dekorasi rumah, persediaan untuk menganjurkan parti di rumah di samping peralatan rumah yang akan membuatkan rumah anda kelihatan lebih cantik dan menarik.

Menjadi ibu merupakan sebuah lagi alam hebat buat kaum wanita dan pastinya ia juga topik kegemaran mereka. Dalam segmen Mother & Baby, ia menyentuh pengalaman pertama ibu-ibu, persediaan yang diperlukan untuk meraikan bakal cahayamata dan tips membesarkan anak-anak.

Paling utama, wanita gemar berbicara mengenai perhubungan mereka. Husband & Wife menyentuh hal perhubungan, masalah seks dan intimasi, serta isu perceraian. Segmen ini mengetengahkan isu yang sering dihindari oleh pasangan dan menawarkan penyelesaian dan hak wanita dalam sesebuah perhubungan.

Hidup boleh menjadi lebih rumit dan setiap wanita perlukan ruang untuk berehat! Wanita terutamanya surirumah dan wanita bekerjaya perlukan ruang untuk kembali segar. Cadangan aktiviti santai untuk wanita yang masih bujang mahupun sudah berkahwin akan turut didedahkan dalam segmen Out & About. Aktiviti melancong akan menjadi lebih menarik dengan lokasi unik yang diperkenalkan dalam rancangan ini.

Segmen mini Clarins & You membawa tips kesihatan yang lebih berkesan daripada jenama kecantikan terkenal, Clarins. Tips mengatasi masalah kecantikan dan cara menguruskan tekanan turut dimuatkan dalam segmen ini. Pelajari lebih mendalam mengenai cara mengekalkan kecantikan seperti pencegahan kedut, pengurusan selulit dan pencegahan tanda regang.

Panggilan untuk kaum wanita di luar sana. jangan ketinggalan untuk mendapatkan informasi mengenai segala perkara yang anda ingin tahu selama ini dengan menyaksikan Ladies Day Out, setiap Jumaat, 7.30 malam mulai 8 Januari 2010 di ntv7. Siaran ulangannya boleh ditonton di ntv7 pada hari Khamis, 10.00 pagi atau di Catch Up TV. Untuk informasi yang lebih lanjut, layarilah www.ntv7.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sabhi Saddi

Azwan Ali Blogger Laser Project Alpha Season 2