Pameran Warisan Coca-Cola
Sayang Pada Yang Asli
Sejak penemuannya oleh John S. Pemberton, seorang ahli farmasi, pada tahun 1886, Coca-Cola telah menyegarkan dunia selama 125 tahun, bukan sahaja kerana rasa minumannya yang enak dan menyegarkan, tetapi juga kerana kempen pengiklanannya yang menarik lagi kreatif. Status ikon jenama ini terjalin atas kejayaannya menawan hati berjuta-juta peminat di seluruh dunia.
Dalam usaha menyemarakkan lagi semangat jenama dalam kalangan rakyat Malaysia, di samping mengalu-alukan kelahiran era baru Coca-Cola bersama generasi muda, syarikat Coca-Cola menjemput orang ramai menghadiri Pameran Warisan Coca-Cola pada hari Sabtu, 19hb November, di Empire Shopping Gallery. Para peminat Coca-Cola telah dihiburi dengan pameran istimewa ini yang dipenuhi dengan santapan deria yang mengasyikkan.
Acara kemuncak merupakan pameran warisan bergerak berbentuk interaktif yang memaparkan memorabilia asli yang dikeluarkan dari Arkib Coca-Cola di ibu pejabat Atlanta, Amerika Syarikat. Antara artifak yang dipamerkan ialah perkembangan reka bentuk botol warisan Coca-Cola mengikut kronologi sejak 125 tahun yang lalu. Di samping itu, bahan pameran juga termasuk item budaya pop dari arena seni, muzik dan fesyen, serta koleksi global edisi khas hasil penglibatannya dengan acara-acara utama di peringkat antarabangsa, seperti Sukan Olimpik dan FIFA.
Sebagai acara yang dibawa khas untuk peminat-peminat setia, seramai 30 pengumpul item Coca-Cola dari seluruh negara diberi kesempatan untuk menampilkan koleksi peribadi mereka yang begitu bernilai sekali. Syarikat Coca- Cola telah menjemput mereka untuk mengambil bahagian dalam acara yang bersejarah ini agar dapat berkongsi kecenderungan mereka di kalangan peminat Coca-Cola yang lain.
Pameran Warisan Coca-Cola membawakan keseronokan dan kesegaran yang tidak terhingga. Ia juga bertujuan membawa perubahan positif dalam hidup golongan kurang bernasib baik melalui kerjasama dengan Children’s Wish Society of Malaysia, sebuah pertubuhan amal dengan matlamat khusus untuk menceriakan hidup kanak-kanak yang mengidap penyakit terminal sambil bantu merealisasikan impian mereka.
Pameran ini dimeriahkan lagi dengan lelongan amal cenderamata edisi terhad Coca-Cola. Turut ditawarkan, basikal, meja foosball dan koleksi set gelas kontur khas Piala Dunia FIFA 2008 Afrika Selatan serta Sukan Olimpik Beijing 2008.
Lelongan dan jualan amal itu berjaya meraih RM10,111, dengan tawaran tertinggi oleh Dato’ Danny Cheah, Pengarah Eksekutif Kumpulan Mammoth Empire Holding Sdn. Bhd., yang memperolehinya item idaman ramai, iaitu basikal Coke.
“Tahun ini amat bermakna bagi Coca-Cola kerana sambutan ulang tahunnya ke-125. Walaupun kehadiran global syarikat telah menjangkau lebih seabad, komitmentnya untuk menceriakan hidup pelanggannya tetap berkobar-kobar. Pameran ini lambang penghargaan tinggi kami terhadap semua peminat Coca-Cola di Malaysia atas sokongan yang diberikan selama in dengan menjadikan Coca-Cola jenama pilihan. Kami berharap pengunjung pameran dapat menikmatinya dengan penuh keceriaan dan kegembiraan, seperti dicerminkan dalam identiti Coca-Cola. Kami tidak sabar untuk menyambut kehadiran kalian pada hari pameran nanti,†kata Antonio del Rosario, Pengurus Besar Syarikat Coca-Cola Wilayah Malaysia-Singapura-Brunei.
Pameran warisan tersebut merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti yang akan diadakan sempena kempen pemasaran Coca-Cola terbaru yang bertemakan “Buka Semangat, Buka Coca-Cola” untuk menggalakkan warga Malaysia melepaskan tenaga dan semangat positif demi mencapai prestasi cemerlang. Jenama yang telah menggegarkan dunia ini meraikan kehadirannya dalam hati peminat selama 125 tahun. Para pengguna di Malaysia akan terus dihiburkan dengan banyak lagi aktiviti dan peraduan yang menarik anjuran Coca-Cola pada masa depan.