Hari ini ada dua ujibakat. Satu ujibakat anjuran Avon dan satu lagi adalah Mentor di Sri Pentas bersama Erra Fazira.
Pada jam 2 petang tadi, Budiey sempat menghadiri sesi ujibakat Avon Voices yang dianjurkan oleh Avon Malaysia di Stesen KL Sentral Kuala Lumpur.
Sekitar Sessi Ujibakat Avon Voices
Budiey rasa sangat terkejut juga kerana penyanyi yang Budiey kenali pun turut menghadiri sesi ujibakat Avon Voices ini. Penyanyi yang Budiey maksudkan ialah Amanda Amani.
Yang uniknya pertandingan ini ialah terbuka kepada semua wanita.
Avon Voices ini sebenarnya dilancarkan di 60 buah negara, bersama 6.2 juta wakil Avon. Untuk mencari wakil dari Malaysia, Avon mengadakan sesi ujibakat ini. Dilancarkan 1 Disember 2010 dan satu-satunya pencarian bakat melalui online dan peraduan mencipta lagu wanita dan lelaki dan ianya adalah satu daripada program sambutan sempena ulangtahun Avon yang ke-125.
Sesi ujibakat ini diadakan untuk mencari bakat baru yang akan berpeluang ke Hollywood untuk latihan profesional dari segi vokal, personaliti makeover, temuduga dan rakaman album.
Ujibakat ini terbuka kepada wanita Malaysia berumur 18 tahun ke atas, setiap peserta dikehendaki menyanyi secara acapella tanpa muzik selama 30 saat.
Seramai 50 orang finalis dipilih untuk ke ujibakat ini. Namun kepada yang tak sempat nak hantar video rakaman nyanyian mereka, boleh upload video mereka di www.avonvoices.com
Inilah dia juri-juri untuk Avon Voices peringkat Malaysia
Soo Wincci
Marsha Milan Londoh
Kenapa pilih penyanyi baru sebagai juri?
Avon ingin mengetengahkan bisnes di kalangan remaja. Jadi dengan adanya penyanyi muda seperti Alyah, Marsha dan Soo Winci. dapat memberikan inspirasi kepada remaja dan dengan pengalaman yang mereka anda dapat menarik remaja.
Soo Wincci adalah duta kepada skin care kepada Avon, begitu juga dengan Marsha yang menjadi duta kepada produk Avon.
Juri-juri dari selebriti dijemput untuk mengadili dan memberi komen tentang bakat nyanyian dari peserta. Antaranya, Marsha Milan Londoh, Alyah, Linda Jasmine, penyanyi, pelakon & Ratu Dunia Malaysia 2008/2009 – Soo Wincci.
Pemenang dari Malaysia akan mewakili Malaysia ke Hong Kong bersama pesaing yang lain dari negara lain untuk merakam video nyanyian mereka pada bulan Mac nanti. Manakala Semi-Finalists akan dihantar ke Hollywood, California untuk kursus vokal profesional, Avon makeovers dan rakaman video di Julai 2011 kelak.
Untuk peringkat antarabangsa pula, panel juri Avon Voices terdiri daripada tokoh industri muzik dari seluruh dunia iaitu Fergie, Pemenang Grammy Award, Diane Warren, pencipta lagu legendaris, Natasha Bedingfiled, pencalonan Grammy penyanyi / penulis lagu – Lea Salonga, penyanyi dan pelakon Fililino, Evete Sangalo, artis terkenal Brazil dan Valeriya, artis terkenal Rusia.
Sebanyak 200 orang pesaing dari seluruh dunia akan menerima latihan profesional vokal, makeover Avon, dan rakaman video. Tujuan ujibakat ini adalah untuk mencari dua penyanyi berbakat termasuklah seorang wakil Avon yang berbakat menyanyi yang berpeluang untuk merakaman album yang dihasilkan secara profesional.
10 orang peserta finalis terpilih ditentukan oleh juri undian orang ramai akan dumumkan di www.avonvoices.com pada 8 September 2011 dan kemudiann dihantar ke USA untuk kursus vokal, styling dan Avon makeovers.
Peserta finalis juga akan menyertai juri-juri antarabangsa untuk mempersembahkan lagu Anthem Avon Voices yang dicipta oleh Diane Warren di Malam Gala Avon Foundation. Kutipan dari jualan lagu Anthem Avon Foundation akan disalurkan untuk usaha membanteras keganasan terhadap rumahtangga.
Kalau anda mempunyai bakat menyanyi dan mencipta lagu, jom sertai sesi uji bakat Avon Voices dan anda mungkin menjadi salah seorang yang akan diterbangkan di Hollywood.
Nurdiyana dari Sabah. Datang audition tanpa dirancang.