in

ATTACK THE BLOCK Singkap Rahsia Makhluk Asing

Satu soalan yang seringkali diutarakan oleh para saintis dan ahli falsafah di seluruh dunia sejak sekian lama: apa yang akan terjadi sekiranya makhluk asing ganas mula menyerang kawasan perumahan di Selatan London.

Terima kasih kepada Joe Cornish kerana menerusi filem pertamanya ATTACK THE BLOCK, persoalan ini akhirnya terjawab juga. Jawapannya, pertempuran ‘buku bertemu ruas’ pastinya meletus menerusi watak sekumpulan remaja atau lebih dikenali sebagai ‘hoodies’ (geng berhud) – yang mana di awal filem, mereka dipamerkan sebagai kumpulan remaja nakal yang menyamun seorang Jururawat pelatih yang naïf lakonan Jodie Whittaker ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya.

ATTACK THE BLOCK-Latest Poster

Ia satu pertembungan hebat antara kejahatan luaran dan keperwiraan jatidiri yang mana elemen ini telah menarik minat Cornish untuk menjadikan golongan cemuhan masyarakat sebegini menjadi wira dalam tempoh semalaman.

“Itulah yang membuatkan saya benar-benar teruja, cerita yang bermula dari seorang remaja yang nakal, gemar menyamun dan sebagainya,” ujar Cornish. “Ia sesuatu yang menyeronokkan untuk ditulis, satu cabaran untuk mengubah perasaan empati sepanjang durasi filem.”

Meskipun ATTACK THE BLOCK yang mana judulnya merupakan satu penghormatan kepada sebuah filem Korea Selatan yang tidak begitu dikenali dengan meluas, iaitu Attack The Gas Station – merupakan sebuah filem sains fiksyen tulen yang mengangkut kiasan dan konvensyen genre ini kepada sebuah blok perumahan yang sarat dengan kehidupan di mana kisah sebenarnya adalah sesuatu yang lazim berlaku dalam hidup kita seharian. “Sekumpulan remaja telah menyamun dompet saya dengan menggunakan kekerasan,“ terang Cornish menceritakan sebuah insiden yang melibatkan dirinya sekitar tahun 2001. “Saya mengaku saya memang seorang yang penakut, jadi saya serahkan semua barangan berharga yang ada.”

Ternyata, perasaan itu tidak lenyap begitu sahaja. Meskipun mereka sempat melarikan diri dengan barangan berharga miliknya, namun perlakuan tersebut membuatkan Cornish kesal. “Saya terkejut mengenangkan betapa mudanya usia mereka, dan memikirkan kemungkinan bertembung dengan mereka setiap hari di taman. Malah, ada kemungkinan juga kami berada pada tahap pencapaian yang sama dalam permainan simulator Call Of Duty!”

Beberapa bulan selepas itu, dia menonton filem sains fiksyen seram arahan M. Night Shyamalan, Signs, dan ketika itulah munculnya idea unuk menghasilkan filem ini. “Signs mengingatkan saya tentang skrip tulisan John Sayles yang berjudul Night Skies, yang kemudiannya ditukar menjadi ET dan Gremlins,” jelas Cornish.

“Saya gemarkan idea berada dalam kepungan, di mana manusia di muka bumi sedang ditawan oleh makhluk asing dan ia mencetuskan persoalan di minda: bagaimana sekiranya ia berlaku kepada kawasan kejiranan tempat saya dibesarkan selama ini di Selatan London? Kemudian, saya terfikir lagi, apa akan terjadi sekiranya perkara serupa berlaku pada masa sama ketika saya disamun suatu ketika dulu? Kumpulan samseng tersebut yang asalnya menjadi igauan ngeri penduduk setempat atau tiada kepentingan dalam masyarakat – secara tiba-tiba seluruh tenaga mereka digunakan untuk hal-hal kebaikan. Dari situlah ianya bermula.”

Sertai peraduan ATTACK THE BLOCK di SINI

9

5

12

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kung Fu Panda 2 The Highest Grossing Animation In Malaysia

Samsung GALAXY S II