Sejajar dengan hasrat Astro untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan maklumat pendidikan bertaraf dunia serta pengalaman pembelajaran sepanjang hayat , Astro telah merancakkan lagi pengalaman cuti sekolah dengan penganjuran Karnival Pembelajaran Kampus Astro. Karnival ini akan berlangsung pada 21 dan 22 Mac, dari jam 10 pagi hingga 4 petang di Pusat Sains Negara.
Kemasukan adalah percuma untuk semua pelanggan Astro dengan hanya membawa penyata bil Astro terbaru untuk pengesahan. Setiap pelanggan akan menerima lima kemasukan percuma bagi setiap penyata bil.
Pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan bagi merancakkan lagi Karnival Pembelajaran Kampus Astro terutamanya untuk kanak-kanak termasuklah pembabitan dari saluran-saluran Astro seperti Astro TVIQ, National Geographic Channel, The History Channel dan Discovery Channel.
Karnival pembelajaran yang disokong oleh Aquaria ini juga menjemput penglibatan kanak-kanak yang hadir dengan pelbagai permainan menarik seperti The History Channel ‘Rubic Cube’, cabaran ‘The Genius’, bengkel Discovery Channel Fight Quest serta aktiviti dari saluran National Geographic – Big Blues. Para pengunjung juga berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah dan barangan menarik di karnival ini nanti!
Kanak-kanak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang lebih menarik dan aktiviti pembelajaran juga boleh menyertai Kem Sains Astro yang diadakan di Pusat Sains Negara yang berjalan serentak dengan karnival.
Pelanggan Astro yang berminat boleh melayari laman web : http://www.astro.com.my/astrolife/events/kampusastrocarnival untuk keterangan lanjut.