Budiey dengar cerita tentang ada artis lelaki repair anu? Kui kui… lawak jek. Apa yang direpair tu tak tahu la ya.
Yelah, diorang pun manusia jugak. Mesti ada yang tak sempurna atau pun nak menambah lagi power. Jangan sampai jadi power rangers sudah la.
Mengikut sumber yang Budiey dengar, ada artis yang dah kawin tapi masih ada masalah seksual. Jadi, jalan terbaik selain mengambil viagra, ada juga yang pergi mengadap bomoh. Artis yang berusia 30 dan 40 ke atas… ada juga penyanyi rock tahun 90 an, pelakon drama dan pelakon filem… memang ada mengalami masalah kesuburan, lemah nafsu syahwat dan cepat kalah.
Itu belum lagi kes di mana artis memakai susuk. Memang ramai. Cuma kita tak tahu la sape kan. Malas lak nak cakap nama diorang kat sini. Tapi faham-faham lah bila ada yang kata, muka dia ada aura… sekali pandang pun dah rasa suka kat artis tu. Tapi jangan ingat semua artis kita suka pakai susuk. Benda tu kan salah di sisi agama, kan. Kalau tengok filem SUSUK, kita tahu yang susuk ni ada dua maksud… satu susuk tubuh dan susuk kecantikan. Susuk kecantikan ni pula ada dua iaitu susuk biasa dan susuk keramat yang mana begitu sukar untuk dicari dan diamalkan. Mmm… macam-macamlah.