Karnival Jom Heboh anjuran TV3 dan Media Prima kembali dengan perisian program baru dalam siri penganjurannya yang ke-9 dan juga lokasi terakhir pada tahun ini. Karnival terbesar ini merupakan satu landasan bagi TV3 untuk berinteraksi dengan penonton setianya dengan cara lebih dekat dan terbuka sambil turut serta dalam aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan di setiap gerai. Ianya juga menemukan orang ramai dengan personaliti-personaliti TV3 dan artis-artis popular tanahair.
Antara aktiviti yang akan dijalankan…
Acara : Lawatan Amal dan Program Kemasyarakatan Jom Heboh
Hari/Tarikh : Jumaat, 2 Disember 2011
Waktu : acara bermula 4.00 petang)
Tempat : Rumah Titian Kasih
Lorong 15, Persiaran Titiwangsa,
Titiwangsa, Kuala Lumpur
Penyampaian Sumbangan KJH 2011-Kuala Lumpur Kepada:
1. Rumah Titian Kasih
2. Rumah Anak-Anak Yatim Dan Saudara Baru Shifa
3. Pusat Perlindungan Dan Jagaan Psiku Azwar
Acara : Aktiviti-aktiviti di Gerai-Gerai Jom Heboh
Hari/Tarikh : Sabtu & Ahad, 3 & 4 Disember 2011
Waktu : 10.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Perkarangan Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Selebriti : Tasha Shilla, Johan As’ari, Izreen Azminda, Dira Abu Zahar, Zizan, Ryzal Jaafar, Adam Shah, Irfan Roslan
Acara : Lawatan Ketua Polis Kuala Lumpur
YDH Dato’ Mohmad Bin Salleh ke tapak Jom Heboh
Hari/Tarikh : Ahad, 4 Disember 2011
Waktu : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Urus Setia, Karnival Jom Heboh,
Perkarangan Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Acara : Konsert Penutup Jom Heboh
Hari/Tarikh : Ahad, 4 Disember 2011
Waktu : 8.30 malam
(siaran langsung bermula 9.00 malam hingga 10.30 malam)
Tempat : Pentas Utama, Tapak Karnival Jom Heboh
Perkarangan Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Artis : Ziana Zain, Anuar Zain, Alyah, Stacy, Awie Rafael, Shila Amzah, Sofazr