in

Akademi Fantasia 9 Adalah Yang Terakhir

Akademi Fantasia, program realiti TV yang terkenal dengan fenomena satu ketika dulu akan menutup tirai akhirnya.

Di satu sidang media yang diadakan di Dua Residency, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur jam 3 petang tadi, Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi & Mohd Irwan Abdul Rauf selaku Penerbit Eksekutif Segmen Melayu Astro telah mengumumkan Akademi Fantasia 9 adalah yang terakhir. Ini kerana AF akan dihentikan buat selama-lamanya.

Sekitar Sidang Media Akademi Fantasia 8 – Ujibakat

Jadi, untuk AF musim terakhir ini, Astro akan cuba mengumpul segala memori sepanjang penganjuran AF di pentas AF9 ini. Yang pasti, Astro akan cuba mengerah tenaga untuk menjadikan Akademi Fantasia 9 adalah kenangan untuk semua.

IMG_0139

Mohd Irwan Abdul Rauf selaku Penerbit Eksekutif Segmen Melayu Astro (kanan) dan Puan Azlin Reza Azmi

Akademi Fantasia 9 akan mula bersiaran pada 2 April 2011 di saluran Astro Ria.

Astro juga mengumumkan Akademi Fantasia musim ke-9 akan memulakan pencarian bakat baru dengan mengadakan ujibakat tidak lama lagi di 2 buah lokasi sahaja iaitu di Sabah dan Kuala Lumpur.

Pengurus Saluran Astro RIA, Puan Azlin Reza Azmi berkata, “Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah hakikatnya yang perlu diterima oleh para peminat rancangan Akademi Fantasia ini. Bermula 8 tahun lalu sebagai satu-satunya program realiti di Malaysia yang mencari penghibur serba salah, banyak bintang telah dilahirkan. Sekadar menyebutkan beberapa nama seperti Mawi, Aizat, Stacy, Hafiz, Akim, Zahid, VInce dan Mila merupakan antara bintang-bintang Akademi Fantasia yang kini berjaya dalam pelbagai karier seni masing-masing.

Astro berjanji untuk menghasilkan program AF yang terbaik bagi mengembalikan segala kegemilangan selama ini. Biarpun program ini bernoktah selepas ini, pihak ini akan memastikan memori Akademi Fantasia akan sentiasa tersemat di hati dan sanubari para penonton.

Astro akan memilih pengetua daripada orang luar samada dari Singapura, Indonesia. Namun pilihan masih belum dibuat. Tenaga pengajar Cikgu Shafi, Cat Farish dan Edry Hashim.

Sementara itu hos AF9 pula akan dikendalikan oleh hos yang paling popular di Malaysia. Budiey rasa Astro akan memilih Aznil Hj Nawawi. Namun, apa-apa pun, satu sidang media akan dibuat untuk mengumumkan tentang siapakah tenaga pengajar dan pengacara AF9.

HADIRI SESI UJIBAKAT
Nak hadir di lokasi ujibakat? Okay, selain boleh menghantar secara online, korang boleh singgah di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah pada 28, 29 dan 30 Januari 2011.

Untuk anda yang berada di Semanjung pula, bolehlah ke ujibakat di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11, 12 dan 13 Februari 2011.

Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18 – 45 tahun pada 10 Januari 2011 dan membawa salinan kad pengenalan atau passport untuk warga Singapura serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) serta menyanyi lagu-lagu pilihan.

Lagu-lagu wajib ini perlu dinyanyikan bersama minus one yang akan disediakan oleh pihak produksi pada hari ujibakat. Jika berjaya ke peringkat seterusnya, para peserta perlu menyanyi lagu tambahan yang bukan dalam senarai lagu wajib secara acapella.

Sementara, Astro buat pertama kali memperkenalkan ujibakat secara online untuk Akademi Fantasia 9, bermula 13 hingga 17 Januari 2011 orang ramai boleh menghantar klip video nyanyian mereka di laman sesawang menerusi www.akademifantasia.com.my

Jadi jimatlah sikit masa kan? Selain mudah, anda juga dapat menambahkan keyakinan diri dan mengumpul peminat sendiri dengan memuat naik video tersebut di Facebook, myspace atau di Youtube.

IMG_0122

IMG_0130

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Disney di Saluran TV2

Bausch + Lomb’s renu® Fresh and renu® Sensitive Contest