in

Aiskrim Nestle Drumstick Almond Thrill Terbaru

NESTLÉ DRUMSTICK® TAWARKAN AISKRIM DAN PERADUAN BARU

NESTLÉ DRUMSTICK® menjanjikan aiskrim yang lebih lazat dan rangup setiap kali anda menikmatinya, NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL. Produk terbaru ini dihasilkan daripada resipi baru yang lebih lazat berkrim, dengan perasa kacang pekat, yang dimuatkan dalam kon gelap, diselaputi lilitan coklat nipis dan ditaburi kacang badam tumbuk di atasnya.

Nikmatilah kelazatan rasa NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL sama ada sedikit demi sedikit atau makan bahagian luarnya yang sungguh rangup dan lazat. Dengan cara apa sekalipun, anda akan mendapati aiskrim ini memberikan rasa yang berlainan setiap kali anda menikmati kelazatannya. Sama ada kelembutan tekstur daripada pusaran coklat di bahagian tengahnya atau nuget coklat yang memberi kepuasan sehingga kunyahan terakhir.

Photo 01

NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL menyertai rangkaian NESTLÉ DRUMSTICK® yang menawarkan pilihan klasik “Vanilla’s Got Nuts”, “Chocolate Blast”, “Saucy Strawberry”, dan juga “KIT KAT®”. Harga jualan yang disyorkan ialah RM2.80.

“NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL telah dicipta untuk memberikan kelazatan dan keseronokan kepada penggemar aiskrim, dengan kombinasi tekstur dan perasanya yang unik. Ia juga menekankan komitmen NESTLÉ DRUMSTICK® untuk memberikan sesuatu yang baru untuk dicuba dan dinikmati oleh pengguna kami,” kata Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif, Bahagian Aiskrim NESTLÉ PRODUCTS SDN BHD.

“Peraduan NESTLÉ DRUMSTICK® diadakan untuk memberi semangat pengembaraan kepada penggemar NESTLÉ DRUMSTICK® dan sukacita kami menawarkan peraduan ini yang diharapkan akan memberi peluang untuk mengalami pengalaman dan pengembaraan baru,” tambahnya.

Peraduan NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL What’s Yours? akan memberi peluang kepada penggemar aiskrim untuk memenangi hadiah berjumlah RM57,000. Peserta yang berminat hanya perlu menyatakan bagaimana mereka ingin mengalami pengembaraan impian mereka dengan NESTLÉ DRUMSTICK®.

Untuk menyertai peraduan ini, peserta haruslah terlebih dahulu menjadi peminat Facebook NESTLÉ DRUMSTICK® di www.facebook.com/NestleDrumstick dan kemudian mendaftar sebagai ahli Facebook NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL What’s Yours? di http://apps.facebook.com/drumstick-thrill.

Mereka harus memuat naik video – yang tidak melebihi tempoh dua minit – mengikut tema yang ditetapkan di Facebook, atau menghantar video yang diambil di mana-mana acara NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL What’s Yours? yang disenaraikan di laman web www.drumstick.com.my.

Video mesti menunjukkan aiskrim NESTLÉ DRUMSTICK® – “Strawberry Classic”, “Vanilla Classic”, “Chocolate Classic”, “KIT KAT®” atau ALMOND THRILL. Video boleh dihasilkan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina, dan mesti dimuat naik selewat-lewatnya pada 26 Jun 2011.

Seramai 20 finalis yang menghantar video terbaik akan dipilih berasaskan kreativiti, keaslian dan yang berkaitan video mereka, yang seterusnya akan dipaparkan di laman Facebook NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL What’s Yours? dari 4 hingga 24 Julai 2011, untuk membolehkan orang ramai melihat, mengulas dan mengundi.

Pemenang hadiah utama akan memenangi pengembaraan yang menyeronokkan bernilai sehingga RM20,000, manakala setiap seorang daripada 19 finalis yang lain akan menerima kamera Canon Power Shot SX30IS bernilai RM1,699.

Seramai 30 pengundi juga berpeluang untuk memenangi Hadiah Insentif Pengundi berupa Apple iPod Shuffle bernilai RM179. Mereka hanya perlu mengundi untuk salah satu video yang terpilih dan menjawab satu soalan dengan betul.

Peraduan NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL What’s Yours? dibuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL, hubungi
1-800-88-3433 antara 10 pagi dan 5 petang, dari Isnin hingga Jumaat, atau layari laman web www.nestle.com.my.

Photo 02

Photo 03

Photo 04

Photo 05

Photo 06

Photo 07

Photo 08

Photo 10\

Photo 09

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Layari Internet Lebih Laju Dengan Maxis Opera Mini

Amanda Imani Menang Besar di Festival Discovery 2011