in , ,

Afif Tirmizie Dah Ada Single Pertama, Wira Peronda Jadi Ost Drama di TV3

Lagu Runut Bunyi Drama Aksi Kepolisan Terbaharu ‘Polis Peronda’ yang sedang hangat ditayangkan di TV3.

Penyanyi berbakat Ahmad Alif Afif Tirmizie, yang lebih dikenali dengan gelaran Afif, merasakan keterujaan yang tidak terkata dengan buah tangan terbaharunya, “Wira Peronda.” Single ini merupakan kolaborasi pertama beliau bersama Alternate Records dan Afif menganggap tawaran ini sebagai peluang yang dinanti-nantikan untuk melebarkan sayap dalam industri nyanyiannya. “Wira Peronda” merupakan lagu runut bunyi (OST) untuk drama aksi kepolisan terbaharu ‘Polis Peronda’ yang sedang hangat ditayangkan di TV3. Drama ini telah mula disiarkan sejak 28 Jun 2024 dan akan ditayangkan sepanjang lima episod, setiap Jumaat jam 10.00 malam. Penonton juga boleh menonton episod baharu 24 jam lebih awal di platform Tonton melalui www.tonton.com.my atau dengan memuat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.

Afif Tirmizie Dah Ada Sinle Pertama, Wira Peronda Jadi Ost Drama di TV3

Afif melahirkan rasa bangga dan teruja kerana dapat menyumbangkan suara dalam projek ini. “Saya amat terharu diberi peluang untuk menyumbangkan suara saya dalam drama hebat ini. Saya berharap lagu ini dapat menyentuh hati penonton dan memberikan kesan mendalam,” katanya. Afif juga meluahkan perasaan bercampur baur apabila mengetahui bahawa lagu tersebut adalah OST drama daripada Skop Production. “Agak gementar juga kerana saya tidak pernah menyanyikan lagu berentak seperti ini,” kata Afif. Sesi rakaman lagu hanya mengambil masa dua jam, menjadikannya kali pertama beliau bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh. Afif menyifatkan pengalaman ini sebagai sangat menyeronokkan kerana kedua-dua komposer tersebut sangat profesional dan santai. “Jika diberi peluang, saya memang ingin bekerjasama lagi,” tambahnya.

Walaupun dikenali dengan lagu berentak Hip Hop dan balada, Afif menganggap cabaran menyanyikan lagu “Wira Peronda” ini sebagai satu kelainan yang menarik apabila beliau melangkah keluar dari zon selesanya. “Ini suatu cabaran baharu buat saya kerana perlu menyanyikan genre yang berlainan daripada kebiasaan saya iaitu genre Hip Hop atau Balada. Walau bagaimanapun, peluang ini akan memberikan ruang untuk saya menonjolkan kelainan dari segi vokal kerana para peminat tidak pernah mendengar saya menyampaikan lagu bergenre Pop Rock. Gabungan muzik yang mendalam dan lirik yang penuh makna menjadikan lagu ini sebagai salah satu karya terbaik saya dalam industri,” katanya dengan penuh keyakinan.

Afif juga berharap para peminat akan terus mendengar lagu ini kerana ia membawa mesej yang sangat bagus, penuh semangat, dan keberanian yang selaras dengan tema drama yang mengangkat kisah para anggota polis peronda yang berdedikasi. “Semoga pendengar dapat menerima apabila saya menyanyikan melodi seperti ini kerana ia merupakan sesuatu yang baru untuk saya. Teruskanlah menyokong karier saya dalam industri,” tambah Afif dengan penuh harapan.

Menurut Ikhwan Fatana, “Saya mula mengarang lirik dan melodi lagu ini bersama Wan Salleh apabila menerima permintaan dari pihak Alternate Records tentang drama “Polis Peronda”. Dari situ, saya mula merangka lirik dan menghasilkan melodi lagu bersama Wan Salleh di studio. Proses pembikinan lagu ini mengambil masa hanya dua minggu,” kata Ikhwan. Beliau juga memuji vokal mantap Afif yang memudahkan kerjasama dan mempercepatkan proses rakaman lagu. “Afif sentiasa ada idea menarik dan vokalnya yang tersendiri menjadikan lagu ini unik,” tambah Ikhwan. Ikhwan berharap “Wira Peronda” dapat menghiburkan semua lapisan masyarakat dan memperkenalkan unit peronda Polis Diraja Malaysia. “Saya berharap agar lagu ini berjaya melekat di ingatan pendengar yang menonton drama ini. Wajib dengar kalau tak kena saman,” gurau Ikhwan sambil ketawa.

Afif Tirmizie Dah Ada Sinle Pertama, Wira Peronda Jadi Ost Drama di TV3

Drama “Polis Peronda” telah menarik perhatian ramai dengan ceritanya yang mengisahkan perjuangan dan pengorbanan anggota polis dalam menegakkan keadilan. Lagu “Wira Peronda” yang membawa mesej tentang kewibawaan dan kredibiliti pasukan unit peronda menggambarkan visi dan misi Polis Peronda yang digarapkan dalam OST drama tersebut dan berjaya memberikan kesan emosi yang kuat dalam setiap babak penting drama ini.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu “Wira Peronda” nyanyian Afif Tirmizie yang telah mula bergema di pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian. Saksikan ‘Polis Peronda’ yang sedang hangat ditayangkan di TV3 setiap Jumaat jam 10.00 malam dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alami Kehebatan Budaya Thai dengan Acara Diraja Spektakular oleh ONESIAM

SITI NORDIANA

Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS, Serdang Pada 12 – 14 Julai