in ,

AC MIZAL GAGAL BAYAR RM50,000 TUNGGAKAN NAFKAH ANAK

Selain kisah AC Mizal naik mahkamah, Budiey ada dengar juga seorang pelakon Drama Kekasihku Seru, Hairie Othman pun naik mahkamah semalam. Keputusannya, bekas isteri telah berjaya mendapat hak penjagaan untuk tiga orang anaknya. Walaubagaimana pun Budiey tidak pasti lagi kebenaran berita ini kerana sumber khabar angin sahaja.

Permohonan bekas isteri pengacara Akademi Fantasia, AC Mizal agar satu perintah komital dikeluarkan untuk menghantar responden ke penjara berhubung kegagalannya menjelaskan tunggakan nafkah dua anak lelakinya sebanyak RM50,000 ditangguhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Hakim Syarie Saarani Ismail membenarkan penangguhan setelah peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, memaklumkan bahawa responden ingin memfailkan notis bantahan awal terhadap permohonan yang dikemukakan Shafnie Zainudin, 33.

Shafnie yang bertubuh langsing dan tinggi lampai diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais tiba seawal 8.30 pagi. Sementara AC Mizal memakai kot berjalur-jalur dan bersongkok sampai pada jam 9.20 pagi dengan ditemani beberapa lelaki dipercayai rakannya.

Plaintif melalui afidavit yang diikrarkan pada 4 Ogos lalu menyatakan dia mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9 tahun, hasil perkongsian hidup dengan responden.

Shafnie bagaimanapun telah bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001dan Mahkamah Rendah Syariah Kajang telah memerintahkan supaya responden membayar nafkah anak- anak sebanyak RM2,000 sebulan sehinggak anak-kanak terbabit berusia 18 tahun.

Namun, plaintif mendakwa, responden telah enggan, gagal atau cuai dan tidak mematuhi perintah Mahkamah Rendah Syariah Kajang bertarikh 22 Disember 2004 bagi menjelaskan bayaran nafkah anak-anaknya sepenuhnya sejak Februari 2002 secara ansuran sebanyak RM200 sebulan dan bakinya akan dibayar melalui potongan gaji dari akaun. Selain itu, responden turut diperintahkan untuk membayar nafkah semasa bagi setiap bulanan untuk kedua-dua anak sebanyak RM300.

Berdasarkan perintah bertarikh 22 Disember 2004, Mahkamah Rendah Syariah Kajang, hakim bicara merekodkan beberapa terma mengenai nafkah anak iaitu responden mestilah menjelaskan bayaran nafkah tertunggak RM50,000 secara ansuran.

Shafnie menyatakan, sehingga ke hari ini tiada apa-apa perintah yang membatalkan atau mengubah perintah mahkamah tersebut.

Lantaran itu, plaintif menyatakan, dia telah memfailkan permohonan menghina perintah mahkamah pada 16 April 2002. Kemudiannya, responden telah memfailkan permohonan ubah perintah pada 18 Mac 2003 dengan mengemukakan alasan, dia mengalami masalah kewangan berikutan syarikat Skop Production Sdn. Bhd. telah menamatkan kontraknya sebagai pelakon.

Di samping itu, responden turut memberikan alasan telah berkahwin dengan isteri barunya ketika itu, Emilia Rosnaida.

Menyentuh notis bantahan awal yang bakal difailkan Siti Aishah, Hakim Syarie Saarani mengingatkan peguam itu dan defendan: “Mahkamah boleh memberi peluang dan sedikit masa untuk defendan memfailkannya sebelum kes induk (permohonan komital yang difailkan Shafnie) didengar.

”Namun sekiranya notis bantahan awal tidak dimasukkan pada atau sebelum 24 September, mahkamah akan menolak notis tersebut. Jika tidak, keadilan tidak mungkin tercapai bila sudah memakan masa bertahun-tahun dan tidak selesai.”

Beliau menetapkan 12 Oktober depan untuk plaintif memfailkan jawapan kepada notis bantahan awal bakal difailkan responden.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 21 Oktober depan. – sumber Utusan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Berbuka Puasa Warga Emas dan Anak-Anak Yatim anjuran KL FM di The Legend Hotel

Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik