Aaron Aziz Lega Permohonan MyPR Diluluskan. Kalau sebelum ini, isu kelulusan permohonan PR Aaron Aziz ini seratus peratus dinafikan, namun kini setelah segalanya selesai dan MyPR Aaron Aziz diluluskan, Aaron Aziz mengiyakan dengan nada yang lega dan gembira. Yelah, siapa yang tak nak jadi warga Malaysia kan? Syukurlah, pada awal Jun 2012 lalu, permohonan MyPR Aaron Aziz dan isteri diluluskan.
Aaron Aziz telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi permohonannya sebagai penduduk tetap Malaysia melalui MyPR.
Aaron mengesahkan dia dan isterinya, Diyana Halik kini pemegang MyPR ketika diwawancara akhbar Kosmo seperti yang disiarkan pada hari ini.
“Saya kini sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun 2012. Saya harap dengan pengakuan saya ini akan memberi pencerahan bagi semua persoalan segelintir pihak.”
Pelakon dan pemenang ABPBH 2012 itu memohon taraf penduduk tetap pada Ogos tahun lalu. Isu segelintir pihak yang pmemertikaikan kerakyatan Aaron timbul setelah pelakon itu memenangi gelaran Bintang Paling Popular awal tahun ini. Aaron juga bersyukur kerana dia kini boleh bekerja dan menjadi sebahagian penduduk Malaysia.
Nah! Aaron Aziz & Diyana Halik tgh baca budiey.com dalam bas. Tq sbb sudi support ya